Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Malaysia Perkenalkan Streetfighter V2, V4 SP (2022), Harga Mula RM101k!
Auto Terkini

Ducati Malaysia Perkenalkan Streetfighter V2, V4 SP (2022), Harga Mula RM101k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUCATI Malaysia mengumumkan ketibaan enam model motosikal terbaharu untuk tahun 2022 termasuk dua siri  Streetfighter yang didatangkan dengan dua pilihan konfigurasi trenkuasa.

Dua model itu ialah Streetfighter V2 untuk penunggang yang mahu jentera asas yang lebih praktikal manakala Streetfighter V4 SP pula lebih sesuai untuk penunggang berpengalaman dengan impian memiliki motosikal berkarakter agresif.

BACA >>> Ducati Corse Credit Bantu Peminat Beli Motosikal Ducati, Faedah Serendah 4.88%

Berikut ialah perinciannya:

HARGA

  • Streetfighter V2 : RM101,900
  • Streetfighter V4 SP : RM239,900

Harga di atas tidak termasuk pendaftaran dan caj lain.

STREETFIGHTER V2

  • Trenkuasa Superquadro 90º V2 (dwi-silinder) 955cc Desmodromic 4-injap setiap silinder, menghasilkan 153hp @ 10,750rpm dan tork 101.4Nm @ 9,000rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan padanan sistem Ducati Quick Shift.
  • Frem monokok aluminium dengan fork Showa BPF 43mm dan monoshock Sachs (belakang). Kedua-dua sistem suspensi jenis boleh laras sepenuhnya. Swingarm tunggal diperbuat dari aluminium.
  • Rim 17 inci dengan balutan tayar Pirelli Diablo Rosso IV, ukuran 120/70 (depan) 180/60 (belakang).
  • Sistem henti cakera berkembar 320mm depan kaliper Brembo M4.32 monoblok 4-piston (depan), cakera tunggal 245mm kaliper Brembo 2-piston.
  • Berat kering 178kg, tangki minyak 17 liter, ketinggian pelana 845mm.
  • Hadir dengan pilihan Mod Tunggangan, Mod Kuasa, Sistem Brek Anti-Kunci (ASB) Belokan, Kawalan Traksi Ducati, Kawalan Wheelie Ducati, Lampu Siang (DRL) dan lampu utama LED penuh.

BACA >>> Ducati Streetfighter V2 (2022) Lancar, Harga RM70.8k

STREETFIGHTER V4 SP

  • Trenkuasa Desmosedici Stradale 1103cc menjana kuasa 208hp pada 13,000rpm dengan tork 123Nm pada 9,500rpm. Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan Quickshifter, menggunakan klac slipper kering.
  • Sistem suspensi berciri elektronik iaitu fork Ohlins NIX30 40mm dengan penyerap hentak tunggal Ohlins TTX36, keduanya boleh laras mengikut selera penungang. Ada tambahan damper stereng jenama sama.
  • Soste henti membabitkan brek cakera berkembar 330mm dengan kaliper Brembo Monobloc Stylema (depan) dan cakera tunggal 245mm dengan kaliper dwi-piston (belakang).
  • Sistem elektronik tunggangan merangkumi mod tunggangan dan mod kuasa, Sistem ABS Belokan EVO, Kawalan Traksi Ducati EVO 2, Kawalan Wheelie Ducati EVO, Ducati Slide Control (DSC), Kawalan Pembrekan Enjin EVO, kalibrasi tayar automatik, Ducati Power Launch dan Ducati Quick Shift EVO 2.
  • Tambahan lain ialah rim tempaan magnesium Marchesini, winglet gentian karbon, madgad gentian karbon, peg kaki boleh laras jenama Rizoma.
  • Tona hitam kusam dengan tangki minyak aluminium digilap. Ada nombor siri atas klamp fork (bahagian atas).

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 SP (2022) Diperkenal, Harga Dijangka RM145.8k

Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.