Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Lancar 9 Model Baharu 2019, Termasuk Panigale V4 R untuk Pasaran Malaysia
Auto Terkini

Ducati Lancar 9 Model Baharu 2019, Termasuk Panigale V4 R untuk Pasaran Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar rasmi Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd sebentar tadi memperkenalkan barisan model Ducati 2019 ke pasaran tempatan.

Semua barisan model tersebut terlebih dahulu ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 dan Ducati World Premiere 2019 sebelum menjengah pasaran tempatan tahun ini. Kehadiran sembilan model pelbagai segmen itu bakal memenuhi permintaan dan selera peminat jentera dua roda di Malaysia bermula sportbike, touring hingga scrambler.

BACA >>> #BikinMotor: Ducati Panigale V4 Versi Streetfighter yang Mampu Buat Rusuk Bergetar

Berikut 9 model Ducati dilancarkan untuk pasaran Malaysia sepanjang tahun ini:

1. DUCATI PANIGALE V4 R [RM299,900]

Kehadiran Panigale V4 R pasti memenuhi keinginan peminat Ducati yang gemarkan kelajuan dan mereka yang berjiwa lumba. Superbike ini dilengkapi enjin 998cc Desmosedici berkuasa setinggi 221hp @ 15,250rpm dan tork 111Nm @ 11,500rpm.

Juga dilengkapkan ekzos Ducati Performance buatan Akrapovic yang mampu melonjakkan kuasa hingga 234hp @ 15,500rpm. Berat jentera ini cuma 172kg.

BACA >>> 16 Fakta Pantas – Ducati Panigale V4 R (2019) Sedia Gegar WorldSBK dengan Kuasa 234hp

2. DUCATI DIAVEL 1260 S [RM139,900]

Generasi kedua Diavel 1260 S ini menawarkan prestasi tunggangan maxi-naked yang tiada tandingan menerusi bentuk badan ergonomik. Diavel dikuasakan enjin V-Twin 1262cc Ducati Testastretta DVT bersama teknologi pemasaan enjin Desmodromic Variable Timing.

Nisbah mampatan 13:1 membolehkan enjin jentera ini menghasilkan kuasa 159hp @ 9,500rpm dan tork 129Nm (7,500rpm). Juga menggunakan teknologi dua palam pencucuh (dua palam pencucuh per silinder) dan sistem udara sekunder.

BACA >>> Ducati Diavel 1260 Raih Rekabentuk Terbaik dalam Anugerah Red Dot 2019

3. DUCATI MULTISTRADA 1260 ENDURO [RM138,900 (Red) | RM139,900 (Sand)]

Jentera advencer ini menggunakan enjin 1262cc Ducati Testastretta DVT berkuasa 158hp, sama seperti Multistrada 1260 yang diperkenalkan sebelum ini. Berbeza Enduro dahulu, model baharu kali ini memiliki sesaran lebih besar (ekstra 64cm3) dan beberapa penambahbaikan untuk tunggangan lebih lancar dan pecutan pada rev rendah.

Malah 85 peratus tork maksimum kini dapat dicapai  bawah 3,500rpm berbanding lekuk tork model sebelumnya. Ini menjadikan Multistrada 1260 Enduro sebagai jentera dengan tork tertinggi dalam kategorinya.

BACA >>> Ducati Multistrada 1260 Enduro dengan Prestasi Sporty untuk Kembara Lebih Seronok

4. DUCATI MULTISTRADA 950 S [RM95,900]

Buat kali pertama Multistrada 950 didatangkan dalam versi S. Daripada segi gaya, Multistrada 950 S mewarisi sayap sisi abangnya yang lebih besar – 1260. Padanan enjin V-Tiwin 937cc Ducati Testastretta 11° mampu menghasilkan kuasa 13hp @ 9,000rpm dan tork 96Nm @ 7,750 rpm.

Model advencer ini turut dilengkapi ciri klac multiplat basah self-servo yang memudahkan tarikan tuil klac.

BACA >>> Ducati Multistrada 950 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM85,900

5. DUCATI HYPERMOTARD 950 [RM75,900]

Hypermotard 950 dijana enjin 937cc Testastretta 11°berkuasa 114hp @ 9,000rpm dan tork 96Nm @ 7,250rpm. Kuasa bertambah 4hp, manakala kilasan tork dicapai seawal 3,000rpm. Ledakan tork yang banyak memberi kelebihan kepada model ini ketika mengambil selekoh. Hantaran kuasa lancar ke roda belakang diserahkan kepada transmisi manual 6-kelajuan.

Harga jualan Ducati Hypermotard 950 ialah RM75,900. Ducati Malaysia turut membawa masuk versi 950 SP yang dijual pada harga RM117, 900. Bagaimanapun versi berkenaan berdasarkan kepada tempahan sahaja.

BACA>>>#SMS2019: Ducati Singapura Tayang Hypermotard 950, Harga RM119k

6. BARISAN DUCATI SCRAMBLER [RM52900 – RM67,900]

Model Ducati Scrambler (2019) menawarkan beberapa aksesori asli yang pasti menyerlahkan lagi imej sebuah jentera scrambler. Versi baharu ini menawarkan material moden menerusi padanan lampu depan dengan lampu siang (DRL). Tukaran gear ergonomik memudahkan penunggang melihat maklumat pada menu instrumen LCD yang turut memaparkan baki minyak.

Bar hendal lebar dan pelana rata serta tetapan suspensi diperbaharui menjadikan tunggangan lebih selesa dan santai. Trenkuasa dijana enjin L-Twin Desmodromic 803cc berkuasa 73hp @ 8,250rpm dan tork 67Nm @ 5,750rpm. Ducati turut memperhalusi kelancaran transmisi pada rev rendah. Sistem ekzos menggunakan konfigurasi 2-in-1 dengan dual paip pendek.

BACA >>> Ducati Scrambler Full Throttle (2019) Kini Tampil Rekabentuk Lebih Kemas

Berikut senarai harga Ducati Scrambler (2019) mengikut model:

  • Ducati Scrambler Icon – RM52,900
  • Ducati Scrambler Full Throttle – RM62,900
  • Ducati Scrambler Desert Sled – RM67,900
  • Ducati Scrambler Café Racer – RM67,900
2017 Ducati Monster 797 Malaysia Ducati Ducati Diavel 1260 S Ducati Hypermotard 950 Ducati Malaysia Ducati Multistrada 1260 Enduro Ducati Multistrada 950 S Ducati Scrambler Cafe Racer Ducati Scrambler Desert Sled Ducati Scrambler Full Throttle Ducati Scrambler Icon Next Bike Sdn Bhd roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Cik B Terima Lamborghini Urus RM2 Juta Sempena Hari Jadi ke-21

    By Syafie25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.