Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dron UTHM Mampu Terbangkan Kargo 200kg, Masuk Rekod Malaysia
Auto Terkini

Dron UTHM Mampu Terbangkan Kargo 200kg, Masuk Rekod Malaysia

Han OthmanBy Han Othman20/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta dron kargo bersaiz besar pertama Malaysia, dipanggil C-Drone yang melayakkan rekacipta itu dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) Rabu, lalu.

Kejayaan itu pasti menjadi hadiah bermakna buat UTHM yang baru saja menyambut ulang tahun ke-28, Khamis lalu.

Ketua Projek C-Drone, Profesor Madya Dr Zamri Omar berkata, kejayaan menempa nama dalam MBR adalah bagi kategori beban terberat boleh diangkat sesebuah dron.

BACA >>> universitiHyundai, Pelajar Universiti Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Lumba Hidrogen 805hp
BACA >>> Delta-XE – Superbike Elektrik Sentuhan Pelajar Universiti Belanda

Menurutnya, C-Drone digerakkan kuasa bateri daripada jenis Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL).

“Saiz prototaip dron kargo UTHM ini kira-kira lima meter panjang, lima meter lebar dan dua meter tinggi, manakala berat kasarnya pula sekitar 400kg,” katanya.

Dr Zamri berkata lagi, projek pembangunan C-Drone bertujuan menghasilkan ‘proof of concept’ (POC), iaitu bagi membuktikan konsep rekabentuk dan sistem dron kargo besar itu boleh dibina dan berupaya beroperasi baik.

Pada percubaan rekod penerbangan, katanya, C-Drone dapat terbang dengan membawa beban kargo seberat 200kg. Menurutnya, projek yang memakan masa kurang dua tahun itu dijayakan sekumpulan penyelidik UTHM yang mempunyai latar belakang pelbagai bidang kepakaran.

Dr Zamri berkata;

Ia turut dibantu sekumpulan pelajar dan penasihat pakar daripada universiti tempatan dan pihak industri sebelum prototaip C-Drone direka bentuk, dibina serta diuji terbang di UTHM.

“Bermula dengan aktiviti analisis dan reka bentuk, simulasi, fabrikasi komponen, pemasangan, integrasi sistem dan pengujian terbang, semuanya dilaksanakan dalam fasiliti makmal projek C-Drone yang berlokasi di kampus induk.

“Dana projek C-Drone ini pula diperolehi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sebahagian dibiayai UTHM.”

BACA >>> UK Mahu Guna Dron Cari Jalan Berlubang di Lebuh Raya
BACA >>> Sepanyol Guna Khidmat Dron Buru Pemandu Tidak Pakai Tali Keledar, Guna Telefon

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Dron Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) UTHM
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.