• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UK Mahu Guna Dron Cari Jalan Berlubang di Lebuh Raya

UK Mahu Guna Dron Cari Jalan Berlubang di Lebuh Raya

August 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PIHAK berkuasa Britain akan menggunakan dron untuk tugas mencari jalan berlubang ketika membuat pemantauan dari ruang udara di kawasan lebuh raya.

Menurut laporan, dron pemantau itu adalah sebahagian  peruntukan tambahan £15 juta (RM86.6 juta) Kerajaan untuk menambah baik jalan raya di negara itu selain menyelenggara lampu isyarat.

Skim itu juga membabitkan penggunaan mesin cetak tiga dimensi (3D) untuk menutup kesan retak atas jalan, tetapi belum ada penjelasan diberi mengenai bagaimana akan dilakukan. Khabarnya, Jabatan Pengangkutan sudah mengusul semua cadangan itu kepada pihak berkuasa tempatan bandar dan majlis bandaraya utama termasuk kawasan luar bandar.

Cadangan lain diberikan adalah menggunakan teknologi video untuk memeriksa kualiti kerja baik pulih jalan. Ada juga usul menukar baik pulih jalan daripada bentuk segiempat kepada jenis bulatan untuk mengurangkan poin lemah pada setiap sudut (segiempat).

BACA >>> Masalah Jalan Berlubang di UK, Satu Lubang Ditutup Setiap 19 Saat!

dron
Jalan London

Bagaimanapun, ada kumpulan pemantau Britain agak skeptikal dengan pelan cadangan itu berikutan pengumuman Bajet tahun lalu.

Britain tahun lalu mengumumkan peruntukan tambahan £2.5 bilion (RM14.4 bilion) untuk membaik pulih 50 juta lubang di jalan raya dalam tempoh lima tahun.

Ada laporan mendakwa, jumlah besar kos baik pulih jalan raya di Britain dianggarkan  £10.4 bilion (RM60 bilion). Malah ada juga beberapa batang jalan di kawasan luar bandar tidak dibaiki sejak 100 tahun lalu!

Jalan berlubang dan jalan raya rosak dikatatkan penyumbang kepada 671 kes cedera dan kematian sepanjnga 2019. Bagaimanapun, tiada data 2020 didedahkan.

BACA >>> Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang
BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Pesakit Jantung Pulih Selepas Ambulans Terlanggar Jalan Berlubang Besar

SUMBER: DailyMail

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain Jalan Berlubang, Jalan Berlubang, keselamatan jalan raya, Kos Baik Pulih Jalan Lubang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev