Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dr Li: Proton Akan Keluarkan Dua Model Tempatan Sepenuhnya Selepas X50
Auto Terkini

Dr Li: Proton Akan Keluarkan Dua Model Tempatan Sepenuhnya Selepas X50

Han OthmanBy Han Othman11/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON bakal mengeluarkan dua model baharu dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dalam temu bual eksklusif Agenda AWANI, hari ini.

Menurut Dr Li, dua model itu ialah produk pengeluaran pertama dibina menggunakan kepakaran Proton sepenuhnya selepas diambil alih Geely, dan akan mula dibangunkan selepas pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV), X50 tidak lama lagi.

“Saya ingin maklumkan kami kini sedang berbincang untuk pembangunan (model baharu) oleh pakar Proton, bukan hanya satu model tetapi dua model secara bersama,” katanya.

Sejak menjadi sebahagian subsidiari Geely, Proton mengeluarkan model X70 yang dibangunkan berasaskan Geely Boyue dan X50 akan menjadi model kedua Proton. Dr Li berkata;

SUV ialah pengubah dalam pasaran. Sama seperti lima tahun lalu di China, SUV dikeluarkan dan sehingga kini 50 peratus (model SUV).

“Model seterusnya ialah SUV. Walaupun di Malaysia segmen sedan ada pasaran besar, tetapi saya percaya ia akan berubah terutama apabila kami melancarkan SUV baharu tidak lama lagi.”

Dr Li pada masa sama yakin jualan Proton akan terus meningkat walaupun pendapatan isi rumah Malaysia terjejas akibat krisis Covid-19. Malah angka jualan Proton hingga Ogos lalu menunjukkan pertumbuhan positif.

Beliau juga yakin angka jualan tahun ini akan melepasi angka jualan 2019, iaitu sebanyak 100,821 unit kenderaan.

BACA >>> Dr Li Chunrong Sah Dilantik CEO Proton Baharu – Pelan Pemulihan Jadi Matlamat Utama!
BACA >>> Tiada Lagi Unit CBU, Proton X50 Akan Terus Lancar dalam Versi CKD!

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini CEO Proton Dr. Li Chunrong Model Baharu Proton Proton Proton X50 Proton X70
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.