• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dr Li: Proton Akan Keluarkan Dua Model Tempatan Sepenuhnya Selepas X50

Dr Li: Proton Akan Keluarkan Dua Model Tempatan Sepenuhnya Selepas X50

September 11, 2020 By Azhan O Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON bakal mengeluarkan dua model baharu dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dalam temu bual eksklusif Agenda AWANI, hari ini.

Menurut Dr Li, dua model itu ialah produk pengeluaran pertama dibina menggunakan kepakaran Proton sepenuhnya selepas diambil alih Geely, dan akan mula dibangunkan selepas pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV), X50 tidak lama lagi.

"Saya ingin maklumkan kami kini sedang berbincang untuk pembangunan (model baharu) oleh pakar Proton, bukan hanya satu model tetapi dua model secara bersama," katanya.

Sejak menjadi sebahagian subsidiari Geely, Proton mengeluarkan model X70 yang dibangunkan berasaskan Geely Boyue dan X50 akan menjadi model kedua Proton. Dr Li berkata;

SUV ialah pengubah dalam pasaran. Sama seperti lima tahun lalu di China, SUV dikeluarkan dan sehingga kini 50 peratus (model SUV).

"Model seterusnya ialah SUV. Walaupun di Malaysia segmen sedan ada pasaran besar, tetapi saya percaya ia akan berubah terutama apabila kami melancarkan SUV baharu tidak lama lagi."

Dr Li pada masa sama yakin jualan Proton akan terus meningkat walaupun pendapatan isi rumah Malaysia terjejas akibat krisis Covid-19. Malah angka jualan Proton hingga Ogos lalu menunjukkan pertumbuhan positif.

Beliau juga yakin angka jualan tahun ini akan melepasi angka jualan 2019, iaitu sebanyak 100,821 unit kenderaan.

BACA >>> Dr Li Chunrong Sah Dilantik CEO Proton Baharu - Pelan Pemulihan Jadi Matlamat Utama!
BACA >>> Tiada Lagi Unit CBU, Proton X50 Akan Terus Lancar dalam Versi CKD!

SUMBER: AstroAwani

Artikel Berkaitan

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Proton, Dr. Li Chunrong, Model Baharu Proton, Proton, Proton X50, Proton X70

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
    EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
  • Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
    Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
  • Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
    Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
  • Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
    Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my