Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dorna Sedia Pertimbang Trek MotoGP dalam Bandar
Auto Terkini

Dorna Sedia Pertimbang Trek MotoGP dalam Bandar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta mendedahkan rancangan pemegang hak komersial MotoGP itu untuk menjadikan jalan raya bandar sebagai trek perlumbaan kejuaraan motosikal tersebut. Beliau memberitahu akhbar Sepanyol, Expansion, projek tersebut akan memilih bandar di negara iklim panas.

“Secara teori, trek lurus utama akan dibuat atas jalan raya biasa dan padok akan ditutup, digabungkan bersama pusat pameran.

“Bagi hujung minggu grand prix, ia akan digunakan untuk perlumbaan dan baki tahun selebihnya diisi perkara-perkara lain,” kata Ezpeleta.

BACA >>> #2018MotoGP: Hafizh Bangga Dapat Raih Mata di GP Qatar

Langkah itu akan membantu menampung peningkatan pusingan MotoGP setiap musim daripada 19 pusingan tahun ini kepada 20 pusingan dan mungkin hingga 24 pusingan.

Bercakap kepada Crash.net, September lalu, Ezpeleta berkata, ada beberapa permohonan daripada beberapa negara yang mahu menganjurkan MotoGP pada tahun mendatang.

“Secara jujur, lebih 20 (perlumbaan) buat masa ini adalah sukar. Saya selalu cakap, jumlah perlumbaan ideal ialah 22, tetapi belum lagi.

“Kami perlu lihat perlahan-lahan siapa yang berminat, tetapi jika hari ini kami mampu menawarkan 24 grand prix, ada beberapa negara bersedia menganjurkan 24 grand prix itu,” katanya lagi.

GP Monaco di Circuit de Monaco ialah antara contoh litar dalam bandar terbaik yang kini menjadi litar rasmi Kejuaraan Formula Satu (F1).

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Carmelo Ezpeleta Dorna MotoGP roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun – Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    02/07/2026
    MotoGP Malaysia di SIC
    MotoGP

    #MotoGP: Malaysia Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2031

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.