• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #2018MotoGP: Hafizh Bangga Dapat Raih Mata di GP Qatar

#2018MotoGP: Hafizh Bangga Dapat Raih Mata di GP Qatar

March 24, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TIADA siapa menyangka, apatah lagi mengharapkan pelumba negara, Hafizh Syahrin (55) meraih mata pertama dalam debut MotoGP di Qatar, minggu lalu. Menurut pelumba asal Selangor itu, sasaran asal pasukannya, Monster Yamaha Tech 3 ialah sekadar berada dalam kelompok 20 pelumba ke atas dan menghabiskan perlumbaan.

Hafizh, 23, terpilih menyertai Monster Yamaha Tech 3 hanya sebulan sebelum musim baru MotoGP bermula. Dia berjaya menempatkan diri di petak ke-15 pada ujian kelayakan dan selepas ditenangkan ketua pasukan, Herve Poncharal pelumba itu tidak segan silu beraksi lebih baik. Hasilnya, dia menamatkan saingan di tempat ke-14!

DAPAT BOS BAGUS

Hafizh yang turut dikenali dengan gelaran Pescao mengakui bertuah kerana mempunyai ketua pasukan yang bagus. Menurutnya, Poncharal sangat mesa dan selalu bercakap sesuatu yang kelakar sekali gus membantu dia menghilangkan stres dan gementar.

BACA >>> Hafizh Sah ke MotoGP Wakili Pasukan Monster Yamaha Tech 3!

"Dia cakap kepada saya, enjoy,  jangan stres. Ini cuma perlumbaan pertama, jadi cuba untuk faham apa saja, jangan gementar sangat. Saya ambil nasihat itu sebagai motivasi dan inilah sebab kenapa saya mampu dapat mata dalam perlumbaan pertama ini. Terima kasih kepada dia (Poncharal)."

"Saya fikir saya akan sedikit takut, tetapi sebaik saja lampu merah padam, tiba-tiba keyakinan saya datang. Saya rasa bagus dengan kawalan luncur (launch control). Lebih senang daripada Moto2! Saya bermula baik, tidak teruk, cuma sedikit wheelie," katanya.

NYARIS BERLANGGAR LORENZO

Hafizh turut berkongsi detik nyaris terbabit kemalangan seawal pusingan pertama.

"Saya nyaris langgar tayar (Jorge) Lorenzo, hampir kemalangan, saya bernasib baik dapat selamatkan motor," katanya yang menamatkan lap pertama di kedudukan ke-17. Kemudian, selepas mengekalkan posisi tersebut untuk beberapa lap berikutnya, Hafizh mula melepasi pelumba Aprillia, Scott Redding pada lap ke-4, dan terus memperbaiki kedudukan selepas Lorenzo (Ducati Team) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar) terbabit kemalangan.

Jorge Lorenzo

"Saya melepasi Redding dan beberapa pelumba lain, kemudian kekal di posisi ke-14 agak lama tetapi pada pertengahan perlumbaan saya cuba menukar tetapan elektronik untuk memanjangkan hayat tayar belakang.

"Ia bagus tetapi tidak terlalu laju. Jadi, untuk 3 lap terakhir saya tukar semula tetapan elektronik kepada tetapan awal perlumbaan. Memahami komponen elektronik ialah semua sebahagian dalam pembelajaran saya," katanya.

BACA >>> #2018MotoGP: Suzuki Memang Boleh Jadi Juara dan Naik Podium - Marquez

Selepas bergelut menewaskan Alvaro Bautista (Angel Nieto) yang menunggang jentera Ducati, Hafizh kembali mengekalkan kembali kedudukan di tempat ke-14 apabila melepasi Aleix Espargaro pada lap terakhir. Pelumba Malaysia itu menamatkan cabaran sebagai rookie kedua terbaik di belakang juara Moto2, Franco Morbidelli (tempat ke-12).

"Saya gembira dan bangga dengan kemampuan diri kerana sasaran perlumbaan hanya berada di kedudukan ke-20 ke atas dan menamatkan perlumbaan. Apa yang penting, kami berjaya mendapatkan mata selepas perlumbaan walaupun tidak ramai pelumba jatuh dan saya mampu mengekalkan posisi di kedudukan ke-14 dalam jangka masa lama.

"Saya sangat seronok berlumba dan tidak sangka dapat bersaing dengan mereka (pelumba lain). Saya sangka mungkin akan ditinggalkan jauh ketika perlumbaan bermula dan kemudian mengejar sedikit demi sedikit. Tetapi saya mampu kekal di sana.

"Mata ini untuk pasukan dan saya akan cuba jadi lebih baik. Saya janji akan bekerja keras untuk jadi lebih baik dan baik untuk setiap perlumbaan.

"Ini hanya perlumbaan pertama dan saya sudah banyak belajar, seperti kembali ke sekolah! Saya sangat seronok dan terima kasih kepada Tech3 kerana mereka berikan saya banyak maklumat, motosikal yang sangat bagus dan sekarang perasaanya seperti satu keluarga".

"Saya ada hubungan yang baik dengan pasukan, selalu melawak dengan mekanik yang turut berikan saya lebih keyakinan dan kurang stres. Saya sangat seronok bersama pasukan ini," kata Hafizh.

Aksi Hafizh menjempul ibu jari sambil dipayungi makwe Arab.
Aksi Hafizh menjempul ibu jari sambil dipayungi makwe Arab.
hafizh-syahrin-1
hafizh-syahrin-2
hafizh-syahrin

MAHU LEBIH YAKIN

Jadi apakah sasaran seterusnya buat pelumba muda ini?

"Cuba untuk ulang keputusan ini, dan dapatkan lebih keyakinan berlumba dengan semua pelumba grand prix. Saya juga perlu meningkatkan keyakinan pada permulaan latihan, kerana semua pelumba MotoGP terus bergerak laju sebaik keluar dari padok. Saya perlu yakin, terutama dengan tayar kerana MotoGP sangat laju, di atas 300kmj, dan saya perlu yakin dengan tayar depan untuk membrek," kata Hafizh.

BACA >>> #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

Pescao yang menunggang jentera nombor 55 juga berpuas hati dengan tahap kecergasan fizikalnya.

"Saya tidak rasa betul-betul letih, cuma sedikit. Ketika latihan musim sejuk saya berlatih bersungguh-sungguh dan banyak memperbaiki kecergasan saya," katanya lagi.

Rakan sepasukan, Johann Zarco yang memulakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Losail di tempat pertama, menghabiskan perlumbaan tersebut pada kedudukan k- 8 selepas mengalami masalah tayar depan.

Perlumbaan pusingan kedua dijadualkan berlangsung Argentina pada 8 April ini.

SUMBER: Crash.net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2018 GP Qatar, 2018 MotoGP, 2018 Qatar GP, GP Qatar 2018, Hafizh Syahrin, Monster Yamaha Tech 3, MotoGP, pescao, Pescao 55, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev