Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Dokumentari ‘I Am Paul Walker’ Ditayangkan Bulan Depan di Amerika
Autotainment

Dokumentari ‘I Am Paul Walker’ Ditayangkan Bulan Depan di Amerika

Han OthmanBy Han Othman19/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DOKUMENTARI mengenai kisah hidup aktor Hollywood, Paul Walker bakal ditayangkan pada 11 Ogos nanti (bulan depan).

Berjudul ‘I Am Paul Walker’, dokumentari tentang perjalanan hidup bintang The Fast and Furious itu diterbitkan Paramount di bawah arahan Derik Murray. Dokumentari tersebut memuatkan sedutan video mengenai Walker dan temu bual dengan ahli keluarga dan rakan aktor tersebut, termasuk rakan pelakon dalam francais The Fast and Furious, Tyrese Gibson.

Ibu bapa Walker turut terlibat. Malah, penonton akan ditunjukkan cerita dan klip video peribadi yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Gibson dan Walker.

BACA >>> Matt Damon, Christian Bale Jadi Aktor dalam Filem Aksi Lumba Ikonik Sepanjang Zaman

Mengenai Murray, beliau juga ialah pengarah yang bertanggungjawab mengangkat banyak siri dokumentari selebriti dan tokoh terkenal seperti John F Kennedy Jr, Muhammad Ali, Heath Ledger, Bruce Lee, dan Martin Luther King Jr.

Walker meninggal dunia pada November 2013 apabila Porsche Carrera GT yang ditumpanginya terbabit kemalangan selepas merempuh tembok lampu konkrit hingga terbakar. Hasil siasatan kemalangan memutuskan tragedi itu berpunca akibat kelajuan kenderaan ketika berlanggar, dipercayai antara 130-150kmj, dan tayar lama yang berusia 9 tahun.

‘I Am Paul Walker’ boleh ditonton di saluran Paramount pada 11 Ogos nanti jam 9 malam, waktu di Amerika Syarikat. Penonton di Malaysia mungkin boleh menonton secara strim Internet atau tunggu saja ditayangkan Astro yang tarikhnya belum pasti. Come on!

BACA >>> Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen

autotainment Derik Murray dokumentari filem Hollywood I Am Paul Walker Paul Walker Roda4 The Fast and Furious Tyrese Gibson
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
Roda4

Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

24/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.