• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Dokumentari ‘I Am Paul Walker’ Ditayangkan Bulan Depan di Amerika

Dokumentari 'I Am Paul Walker' Ditayangkan Bulan Depan di Amerika

July 19, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


DOKUMENTARI mengenai kisah hidup aktor Hollywood, Paul Walker bakal ditayangkan pada 11 Ogos nanti (bulan depan).

Berjudul 'I Am Paul Walker', dokumentari tentang perjalanan hidup bintang The Fast and Furious itu diterbitkan Paramount di bawah arahan Derik Murray. Dokumentari tersebut memuatkan sedutan video mengenai Walker dan temu bual dengan ahli keluarga dan rakan aktor tersebut, termasuk rakan pelakon dalam francais The Fast and Furious, Tyrese Gibson.

Ibu bapa Walker turut terlibat. Malah, penonton akan ditunjukkan cerita dan klip video peribadi yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Gibson dan Walker.

BACA >>> Matt Damon, Christian Bale Jadi Aktor dalam Filem Aksi Lumba Ikonik Sepanjang Zaman

Mengenai Murray, beliau juga ialah pengarah yang bertanggungjawab mengangkat banyak siri dokumentari selebriti dan tokoh terkenal seperti John F Kennedy Jr, Muhammad Ali, Heath Ledger, Bruce Lee, dan Martin Luther King Jr.

Walker meninggal dunia pada November 2013 apabila Porsche Carrera GT yang ditumpanginya terbabit kemalangan selepas merempuh tembok lampu konkrit hingga terbakar. Hasil siasatan kemalangan memutuskan tragedi itu berpunca akibat kelajuan kenderaan ketika berlanggar, dipercayai antara 130-150kmj, dan tayar lama yang berusia 9 tahun.

'I Am Paul Walker' boleh ditonton di saluran Paramount pada 11 Ogos nanti jam 9 malam, waktu di Amerika Syarikat. Penonton di Malaysia mungkin boleh menonton secara strim Internet atau tunggu saja ditayangkan Astro yang tarikhnya belum pasti. Come on!

BACA >>> Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Derik Murray, dokumentari, filem, Hollywood, I Am Paul Walker, Paul Walker, Roda4, The Fast and Furious, Tyrese Gibson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my