Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»DNB, Ericsson dan eMooVit Pertingkat Pengalaman Bas EV Autonomi dengan 5G!
Auto Terkini

DNB, Ericsson dan eMooVit Pertingkat Pengalaman Bas EV Autonomi dengan 5G!

Han OthmanBy Han Othman09/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENYEDIA rangkaian 5G nasional, Digital Nasional Berhad (DNB), gergasi teknologi Ericsson dan pembangun solusi kenderaan automotif tempatan, eMooVit Technology Sdn Bhd hari ini mengadakan demonstrasi kes penggunaan teknologi 5G untuk meningkatkan pengalaman dan keselamatan bas elektrik autonomi yang sudah diuji untuk pelaksanaan.

Kolaborasi menerusi perjanjian persefahaman (MoU) antara tiga rakan kongsi sejak Mei 2024 itu melibatkan ujian konsep bukti (PoC) kes penggunaan 5G seperti konektiviti WiFi awam dalam kenderaan, pemantauan kenderaan kawalan jauh secara masa nyata dan koleksi log perjalanan.

Apabila dikomersialkan nanti, teknologi itu, yang terdiri daripada kamera litar tertutup (CCTV) dalam kenderaan dan pemantauan data telemetri masa nyata akan menjadikan pemanduan bas autonomi lebih selamat dan reliabel kepada penumpang, sekali gus menambaah baik kecekapan kos buat operator bas.

Kes penggunaan masa depan itu sudah diuji termasuk aspek integrasi bas autonomi dengan infrastruktur bandar pintar, pemanduan kawalan 5G sekiranya berlaku situasi kecemasan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut meluangkan masa menaiki bas autonomi eMooVit 5G itu  bersama barisan pengurusan DNB, Ericsson dan eMooVit, seray rakan media mengelilingi sekitar ibu pejabar eMooVit di Cyberjaya.

Gobind berkata, kes kepenggunaan yang sudah diuji adalah contoh bagaimana transformasi digital mampu menambah baik perkhidmatan awam.

Integrasi aplikasi 5G dalam kenderaan awam autonomi seperti demostrasi hari ini akan melonjakkan pengalaman menyeluruh buat pengguna untuk rasa lebih selamat dan kekal terhubung.

“Ini seiring usaha Kerajaan mentransformasi Malaysia ke aras negara digital yang mana teknolofi seperti 5G mampu memberikan penambahbaikan signifikan kepada perkhidmatan awam, perniagaan, dan komuniti.”

Menurutnya lagi, rangkaian 5G diperkenalkan DNB sudah diiktiraf global sebagai antara terbaik dunia dari segi kelajuan dan reliabiliti. Dengan usaha berterusan untuk mempercepat penggunaan 5G dalam kalangan pengusahan syarikat, kami harap pemain industri pengangkutan menerima teknologi digital untuk membawa perniagaan mereta ke tahap seterusnya.

Mengulas mengenai bagaimana aplikasi 5G dapat melonjak  pengangkutan awam Malaysia, Loke berkata;

Pengangkutan autonomi daripada menambah baik aliran trafik hingga mengoptimum laluan yang membawa kepada lalu lintas lancar, lebih efisien untuk infratrukstu jalan raya dan mengurangkan kesilapan manusia.

“Kenderaan autonomi juga berpotensi untuk lebih cekap tenaga dan mesra alam, terutama jika kenderaan elektrik digunakan, ia mengurang emisi gas rumah hijau dan pencemaran udara di kawasan bandar.

“Kementerian Pengangkutan menggalakkan pembangunan dan penggunaan kenderaan generasi baharu (NxGV) di Malaysia, dan mengalu-alukan inisiatif untuk ujian kes penggunaan 5G pada bas autonomi.”

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Bas Autonomi Bas Autonomi 5G Digital Nasional Berhad (DNB) eMooVit Technology Sdn Bhd Ericsson Gobind Singh Deo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.