Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Debut Kia Soul, Soul EV (2020) Serba Baharu, Lebih Segar dan Mempesona
Roda4

Debut Kia Soul, Soul EV (2020) Serba Baharu, Lebih Segar dan Mempesona

Han OthmanBy Han Othman05/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI antara model menarik ditayangkan pada Pameran Auto Antarabangsa Los Angeles (LAIAS) 2018, Kia Soul yang tampil lebih unik dan mempesona. Keseluruhan rekabentuk Soul dibina atas platform baharu dengan mengalami rombakan penuh.

Masih mengekalkan rekabentuk badan berkotak yang sinonim dengan jenama itu, perubahan terbesar Soul (2020) ialah lampu depan tirus dan agresif yang  melintang sepanjang bampar depan. Gril bampar juga dibesarkan, termasuk gerbang roda direka unik.

Soul kali ini lebih panjang 56mm, dan jarak roda bertambah 30mm yang memberikan kapasiti kargo 674 liter. Bukaan but kini lebar dan rendah, termasuk juga pintu depan yang kini dapat dibuka lebih besar.

Di dalam, Soul (2020) mendapat pencahayaan ambien baharu yang dapat diselaraskan dengan rentak daripada sistem audio, sistem operasi Android Auto dan Apple CarPlay, boleh menghubungkan dua peranti Bluetooth serentak, pengecas wayarles, paparan dongak (HUD), skrin sentuh 10.25 inci, ciri bantuan pemandu, sistem lampu mood yang boleh diset kepada Romance, Party Time, Hey! Yo!, Traveling, Midnight City, dan Cafe. Tidak diketahui bagaimana ciri mood itu berfungsi, tetapi memang menarik untuk diketahui.

DUA PILIHAN ENJIN

Ada dua pilihan enjin ditawarkan:

  • 2.0L aspirasi natural (NA) 4-silinder (147hp, 178Nm), transmisi CVT atau manual 6-kelajuan
  • 1.6L pengecas turbo 4-silinder (201hp, 264Nm), transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan

Harga akan didedahkan tahun depan apabila menghampiri masa pelancaran rasmi kelak, iaitu pertengahan 2019. Kia juga akan memperkenalkan Soul versi lebih sporty, GT-Line, versi lasak, X-Line dan versi bumbung kontras, EX Designer Collection.

KIA SOUL EV


Turut ditayangkan ialah Soul EV (2020) yang dipasangkan motor elektrik berkuasa 201hp dan tork  394Nm. Jarak perjalanan tidak didedahkan, tetapi model EV itu akan didatangkan standard dengan ciri mengecas pantas DC dan pek bateri 64kWh.

Bersama 4 mod pemanduan, Soul EV juga akan menawarkan ciri pedal syif yang menjana pembrekan regeneratif dengan empat tahap agresi. Sistem ini akan mengesan sekiranya ada keperluan untuk membrek lebih agresif atau lembut jika mengesan kehadiran kereta di depan ketika menuruni bukit.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia Soul Kia Soul (2020) Kia Soul EV (2020) LAIAS 2018 Pameran Auto Antarabangsa Los Angeles (LAIAS) 2018 Roda4 SUV SUV Mini SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

25/05/2026
Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Australia menjadi antara pasaran pertama luar Jepun bakal menerima Pusat Prestasi Nismo
Auto Terkini

Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor Pusat Prestasi Nismo Buka di Australia

25/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

22/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.