Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»DBKL Tambah Dua Lagi Laluan Baharu Bas Percuma GoKL di Kepong, Segambut
Auto Terkini

DBKL Tambah Dua Lagi Laluan Baharu Bas Percuma GoKL di Kepong, Segambut

Han OthmanBy Han Othman15/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan dua laluan baharu bas percuma GoKL yang bakal memberikan manfaat kepada penduduk sekitar Kepong dan Segambut.

Pelancaran laluan baharu itu dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah melibatkan dua laluan baharu, iaitu:

  • Laluan Krim-Kepong (Cream Line): Hab Taman Fadason – MRT Sri Delima
  • Laluan Merah Lembayung-Segambut (Magenta Line): Hab MRT Jinjang – Matrade

BACA >>> DBKL Tambah Laluan Coklat untuk Bas GoKL, Tambang Percuma!
BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!

Mengenai laluan baharu GoKL, dua laluan baharu bas percuma tersebut menjadikan keseluruhan 13 laluan dengan sasaran 20,000 penumpang sehari bagi setiap laluan dan jumlah itu dijangka bertambah selepas enam bulan pertama pelaksanaan.

Sepanjang tahun ini hingga November lalu, 7.8 juta penumpang menggunakan perkhidmatan bas percuma berkenaan. Mengenai cadangan caj kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan tersebut, perkara tersebut masih diteliti dan beberapa proses penambahbaikan perlu dibuat sebelum dapat dilaksanakan.

Ini termasuk memuktamadkan tambang sesuai, kemudahan gajet dalam bas dan mekanisme paling sesuai digunakan seperti penggunaan kad.

Pada Ogos lalu, mantan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, 45.2 peratus pengguna perkhidmatan bas percuma GoKL adalah warga asing dan tidak menolak kemungkinan bayaran dikenakan pada masa akan datang terhadap golongan itu.

BAS GoKL SAIZ KECIL MUNGKIN DIPERKENAL

Dalam perkembangan lain, DBKL juga merancang memperkenalkan bas GoKL bersaiz lebih kecil bagi memudahkan pergerakan terutama di laluan luar pusat bandar yang sesak dan sempit.

Mahadi berkata, kawasan luar pusat bandar yang banyak tertumpu di kawasan kediaman mempunyai jalan raya sempit hingga menyukarkan pergerakan bas dan boleh menyebabkan berlakunya perlanggaran.

Jalan raya di kawasan kediaman tidak sama dengan jalan raya di pusat bandar yang lebar dan luas, ada selekoh dan persimpangan tertentu yang dilalui bas percuma GoKL itu agak susah dan ini melambatkan untuk sampai ke destinasi berikutnya,” katanya.

Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan dengan pembekal bas untuk melihat kesesuaian. Ketika ini, bas GoKL bersaiz 13 dan 10 meter panjang.

BACA >>> Rapid KL: “Ini Bukan Makanan Ye. Ini Adalah Naji* Manusia”
BACA >>> Prasarana Tambah 300 Bas, Termasuk Bas Mini Elektrik untuk Rapid KL Menjelang 2024

SUMBER: Bernama

Auto Terkini bas percuma GoKL Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah Datuk Seri Mahadi Che Ngah DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) GoKL Laluan Baharu Bas Percuma GoKL
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.