• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prasarana Tambah 300 Bas, Termasuk Bas Mini Elektrik untuk Rapid KL Menjelang 2024

Prasarana Tambah 300 Bas, Termasuk Bas Mini Elektrik untuk Rapid KL Menjelang 2024

December 13, 2022 By Azhan O Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) berhasrat menambah hampir 300 unit bas, termasuk 100 bas elektrik melibatkan peruntukan bernilai RM180 juta, pada 2024.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, fasa pertama penambahan bilangan bas itu, hanya membabitkan perkhidmatan Rapid KL berikutan permintaan tinggi dalam kalangan penduduk ibu kota.

Kita akan mula membuka tender pada suku pertama 2023 dan peruntukan disediakan juga meliputi kerja menaik taraf infrastruktur dan kabel elektrik di depoh stesen bagi proses pengecasan.

“Menjelang suku pertama 2023, Rapid Bus mensasarkan 1,183 bas akan beroperasi setiap hari. Bilangan bas itu masih sangat sedikit jika hendak dibandingkan negara mempunyai pengangkutan awam efisien seperti Singapura,” katanya.

Sebagai pembaharuan, Mohd Azharuddin berkata, Prasarana akan memperkenalkan penggunaan bas elektrik terdiri daripada 45 bas mini, dengan panjang tujuh hingga lapan meter, dan 55 bas besar berukuran 10 hingga 12 meter.

Jadi melalui pembaharuan ini kita mendengar pendapat dan cadangan orang ramai yang mahukan perkhidmatan bas mini dikembalikan.

“Kita lihat perkhidmatan bas mini lebih efisien kerana lebih mudah bergerak melalui kawasan sibuk dan jalan sempit seperti kawasan perumahan, selain mempunyai kekerapan tinggi,” katanya.

Mohd Azharuddin berkata, Rapid KL pernah menguji bas elektrik bagi koridor Bus Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway di dua laluan bas terpilih selama tiga bulan bermula April sehingga 13 Jun lalu.

Dua laluan percubaan terlibat ialah Laluan 400: Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang dan Laluan 650: Taman Desa ke Hab Pasar Seni menggunakan kaedah pengecasan semalaman.

Melalui hasil percubaan ini, kita yakin dapat menggerakkan 100 bas elektrik ini, selari pertambahan sistem rel pada masa akan datang, sekali gus menawarkan perkhidmatan optimum kepada pengguna pengangkutan awam,” katanya.

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mohd Azharuddin Mat Sah, Prasarana, Rapid Bus, Rapid Bus Sdn Bhd, Rapid KL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my