Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!
Auto Terkini

Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!

Han OthmanBy Han Othman02/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat warga kota Kuala Lumpur, terutama penduduk sekitar Lembah Pantai. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan laluan baharu untuk perkhidmatan bas percuma GoKL, dinamakan Laluan Merah Jambu (Pink Line) yang akan melalui jalan raya utama sepanjang LRT Universiti dan PPR Pantai Ria.

Pelancaran laluan baharu bas GoKL itu, yang dirasmikan Datuk Bandar KL, Khalid Samad  dan turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berlangsung serentak dengan operasi bas, bermula semalam setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam dengan anggaran kekerapan 15 minit. Laluan baharu itu akan meliputi 12 hentian, bermula hab LRT Universiti hingga PPR Seri Pantai.

BACA >>> UK Tawar Insentif £3k Setahun Jika Serah Kereta dan Pilih Naik Pengangkutan Awam

Laluan Merah Jambu itu juga ialah laluan GoKL kedua yang dilancarkan tahun ini selepas Parlimen Titiwangsa-Setiawangsa, dan bakal memberikan manfaat kepada penduduk Kampung Kerinchi dan Pantai Dalam yang sebelum ini berdepan kekangan pengangkutan ke stesen pengangkutan awam utama seperti KTM Komuter dan LRT.

Perkhidmatan bas GoKL sudah beroperasi di ibu kota sejak 2012 membabitkan pelbagai laluan perjalanan yang dibezakan menerusi warna:

  • Laluan Hijau: KLCC ke Bukit Bintang
  • Laluan Ungu: Pasar Seni ke Bukit Bintang
  • Laluan Biru: Titiwangsa Bus Terminal ke Bukit Bintang
  • Laluan Merah: Titiwangsa Bus Terminal ke KL Sentral
  • Laluan Jingga: Titiwangsa Bus Terminal ke MINDEF
  • Laluan Merah Jambu: Stesen LRT Universiti ke PPR Seri Pantai (baharu)

KOMEN

Tahniah kepada DBKL, Datuk Bandar dan mereka yang bertanggungjawab merealisasikan perkhidmatan bas percuma GoKL ini. Menariknya, bas ini bukan seperti apa yang dibayangkan orang ramai apabila bersembang pasal ‘benda percuma’, lebih-lebih lagi buat mereka yang langsung tiada pengalaman naik pengangkutan awam dan hanya tahu kondem saja.

Berdasarkan pengalaman peribadi, dan bagi mereka yang pernah naik bas GoKL, anda pasti setuju jika kami katakan bas GoKL antara pengangkutan awam yang memiliki kualiti perkhidmatan terbaik. Malah, bas tersebut mendapat reputasi yang bagus dalam kalangan pelancong asing dari segi kebersihan, kecekapan dan keselesaan.

Kami juga memuji keputusan tepat DBKL untuk meluaskan perkhidmatan bas percuma di kawasan berkepadatan tinggi di KL yang biasanya bertumpu di kawasan perumahan jenis pangsapuri kos rendah dan sederhana. Kita juga maklum rata-rata penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Memang diakui, antara faktor utama yang menghalang penduduk di kawasan itu menggunakan pengangkutan awam ialah akses ke stesen utama seperti LRT dan KTM Komuter. Sesetengah perhentian bas memerlukan orang ramai berjalan jauh ke sana. Ini ditambah pula kos tambang bas atau Grab, yang belum dicampur lagi tambang tren pergi dan balik. Inilah sebab ramai memilih berkenderaan sendiri.

BACA >>> Teksi Sungai Terbang Bakal Jadi Pengangkutan Awam di Paris Menjelang 2017

Jadi, kami jangka pengenalan bas GoKL di kawasan disebutkan itu dapat mengurangkan kesesakan sedia ada selain menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Terbaik DBKL!

Auto Terkini Bas Bas GoKL Bas Percuma DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Fahmi Fadzil GoKL Laluan Merah Jambu GoKL Pink Line Khalid Samad pengangkutan awam
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026

1 Comment

  1. Azrul on 18/08/2020 10:47

    Bas go kl ni memang smua takde adap ke nak marah2 pelangan MCM Kami hadap sangat nak Naik .. kalau kerja buat Cara kerja jangan na marah2 pelangan yg menaiki

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.