Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dapat 10 Terbaik di GP Jepun Buka Semula Peluang Hafizh Buru Gelaran Rookie Terbaik
Auto Terkini

Dapat 10 Terbaik di GP Jepun Buka Semula Peluang Hafizh Buru Gelaran Rookie Terbaik

AryonBy Aryon24/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN berita kejayaan adinda Marc Marquez menggondol kejuaraan MotoGP buat kali ke-5, jangan pula kita lupakan tentang pelumba negara kita yang dicintai, Hafizh Syahrin aka Pescao 55 daripada pasukan Monster Yamaha Tech 3

Dalam aksi GP Jepun hujung minggu lalu, pelumba asal Selangor itu menamatkan saingan di tempat ke-10 yang juga kali kedua dia berada dalam kelompok 10 terbaik. Kali pertama ialah ketika pusingan kedua di GP Argentina pada kedudukan ke-9, April lalu. Kejayaan itu membuka semula peluang kepada Hafizh untuk memburu gelaran rookie terbaik MotoGP 2018

BACA >>> Kuat Meronta Pun Gagal Selamatkan Diri, Hafizh Syahrin Teruk Kena Serang

“Sudah tentu aku seronok dapat top ten. Aku tak jangka dapat duduk dalam top ten, tapi yeah bila kau kerja keras, tanpa henti dan cuba terus menerus, hasilnya akan datang,” kata Pescao yang kini mengumpul 6 mata selepas aksi di Litar Motegi.

ROOKIE OF THE YEAR


Pertarungan Rookie Terbaik kini berbaki tiga lagi pusingan sebelum saingan MotoGP 2018 berakhir dengan Hafizh kini cuma 4 mata di belakang Franco Morbidelli (EG 0,0 MarcVDS) dalam ranking keseluruhan selepas menunjukkan peningkatan dalam aksi di GP Thailand.

“Apapun, terima kasih kepada pasukan kerana kami betul-betul kerja kuat untuk berada dalam kelompok teratas, contohnya di Buriram, kami betul-betul berlumba dengan baik di depan Franco,” kata Hafizh.

Menurutnya, dia awalnya menyangka lawannya itu berada jauh di belakang sama ada di tempat ke-14 atau lebih belakang. Sebaliknya, Franco cuma berada di belakang Hafizh di tempat ke-11 dengan beza mata cuma satu.

BACA >>> #2018MotoGP: Juara Milik Crutchlow, Marquez Jahat dan Hafizh Menyinar di Argentina

Mampukah Hafizh menyekat hasrat Morbidelli pada aksi di GP Australia nanti sebelum turun ke laman sendiri di Sepang?

“Phillip Island bukan trek terbaik untuk aku, tetapi aku tetap kerja keras. Dengan motor ni, ia mungkin berbeza dan kami cuba berada di laman sendiri dengan kondisi terbaik,” katanya optimis.

SUMBER: MotoGP

2018 MotoGP el pescao franco morbidelli GP Jepun Hafizh Syahrin Monster Yamaha Tech 3 MotoGP 2018 pescao Rookie of the Year 2018
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.