• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dapat 10 Terbaik di GP Jepun Buka Semula Peluang Hafizh Buru Gelaran Rookie Terbaik

Dapat 10 Terbaik di GP Jepun Buka Semula Peluang Hafizh Buru Gelaran Rookie Terbaik

October 24, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN berita kejayaan adinda Marc Marquez menggondol kejuaraan MotoGP buat kali ke-5, jangan pula kita lupakan tentang pelumba negara kita yang dicintai, Hafizh Syahrin aka Pescao 55 daripada pasukan Monster Yamaha Tech 3

Dalam aksi GP Jepun hujung minggu lalu, pelumba asal Selangor itu menamatkan saingan di tempat ke-10 yang juga kali kedua dia berada dalam kelompok 10 terbaik. Kali pertama ialah ketika pusingan kedua di GP Argentina pada kedudukan ke-9, April lalu. Kejayaan itu membuka semula peluang kepada Hafizh untuk memburu gelaran rookie terbaik MotoGP 2018

BACA >>> Kuat Meronta Pun Gagal Selamatkan Diri, Hafizh Syahrin Teruk Kena Serang

"Sudah tentu aku seronok dapat top ten. Aku tak jangka dapat duduk dalam top ten, tapi yeah bila kau kerja keras, tanpa henti dan cuba terus menerus, hasilnya akan datang," kata Pescao yang kini mengumpul 6 mata selepas aksi di Litar Motegi.

ROOKIE OF THE YEAR


Pertarungan Rookie Terbaik kini berbaki tiga lagi pusingan sebelum saingan MotoGP 2018 berakhir dengan Hafizh kini cuma 4 mata di belakang Franco Morbidelli (EG 0,0 MarcVDS) dalam ranking keseluruhan selepas menunjukkan peningkatan dalam aksi di GP Thailand.

"Apapun, terima kasih kepada pasukan kerana kami betul-betul kerja kuat untuk berada dalam kelompok teratas, contohnya di Buriram, kami betul-betul berlumba dengan baik di depan Franco," kata Hafizh.

Menurutnya, dia awalnya menyangka lawannya itu berada jauh di belakang sama ada di tempat ke-14 atau lebih belakang. Sebaliknya, Franco cuma berada di belakang Hafizh di tempat ke-11 dengan beza mata cuma satu.

BACA >>> #2018MotoGP: Juara Milik Crutchlow, Marquez Jahat dan Hafizh Menyinar di Argentina

Mampukah Hafizh menyekat hasrat Morbidelli pada aksi di GP Australia nanti sebelum turun ke laman sendiri di Sepang?

"Phillip Island bukan trek terbaik untuk aku, tetapi aku tetap kerja keras. Dengan motor ni, ia mungkin berbeza dan kami cuba berada di laman sendiri dengan kondisi terbaik," katanya optimis.

SUMBER: MotoGP

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 MotoGP, el pescao, franco morbidelli, GP Jepun, Hafizh Syahrin, Monster Yamaha Tech 3, MotoGP 2018, pescao, Rookie of the Year 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
    #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my