Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Damok Raih Podium Berganda di Barcelona!
Auto Terkini

Damok Raih Podium Berganda di Barcelona!

AryonBy Aryon13/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA negara, Syarifuddin Azman (Damok) meraih podium berganda dalam aksi pusingan ketiga Kejuaraan Dunia JuniorGP (JuniorGP) 2022 di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol, semalam.

Dalam aksi Race 1, Damok yang mewakili SIC Racing mendapat tempat kedua (P2) di belakang juara Jose Antonio Rueda (Estrella Galicia), manakala podium ketiga, Filippo Farioli (Aspar Junior Team).

BACA >>> Razlan: Peluang Damok ke Moto3 Bersama SRT Cerah

Damok turut merangkul kedudukan kedua dalam perlumbaan Race 2, juga di belakang Antonio Rueda, dan disusuli Farioli. Kejayaan itu membolehkan pelumba muda itu berada di ranking ketiga keseluruhan dengan memungut 62 mata, iaitu 46 mata di bawah pendahulu, Antonio Rueda (108 mata), dan 7 mata di bawah Davd Salvador (69 mata) di tempat kedua keseluruhan.

Pelumba SIC Racing dalam kelas Hawkers ETC, Hakim Danish turut menunjukkan aksi memberangsangkan dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 untuk mengumpul mata keseluruhan 49 mata di ranking ketiga.

BACA >>> “Pelumba Macam Hakim, Satu dalam Sejuta”

Seorang lagi rakan pelumba Damok daripada pasukan Junior Talent Team, Danial Syahmi, menamtakan perlumbaan di kedudukan P14 dalam Race 1, tetapi tersingkir dalam aksi Race 2. Dia kini berada di kedudukan ranking ke-14 keseluruhan dengan mengumpul 11 mata.

Damok berkata;

Saya sangat gembira dengan hujung minggu ini kerana dapat naik podium untuk kedua-dia perlumbaan. Seperti dijanjikan, saya akan buat magik hujung minggu ini. Dua trofi ini adalah untuk pasukan, keluarga, rakan, penyokong dan semua rakyat Malaysia.

“Permulaan Race 1 memang sukar sebab Rueda menjarakkan diri dengan saya. Saya cuba untuk menamatkan perlumbaan dengan mengekalkan kelajuan. Saya berlawan dengan rakan pasukan, Angel Piqueras dan dua lagi pelumba, dan saya dapat tamatkan Race 1 di tempat kedua.

“Dalam Race 2 perkara sama juga berlaku yang mana Rueda menjarakkan diri seawal perlumbaan. Saya cuba rapat tetapi ramai pelumba cuba untuk potong saya. Pada tiga lap akhir, saya cuba potong semua pelumba dan jarakkan diri dari grup untuk manjamin tempat kedua. Terima kasih kepada pasukan saya Monlau Motul kerana menyediakan jentera yang hebat hujung minggu ini, dan juga semual penaja terutama SIC Racing dan ZK Racing.

“Tidak lupa keluarga dan penyokong dari Malaysia. Terima kasih!”

Pengurus Pasukan, Zulfahmi Khairuddin berkata;

Keseluruhan saya sangat gembira dengan Damok kerana dapat dua podium hujung minggu ini. Ini keputusan bagus kepada kami semua. Danish pula, dia menunjukkan saingan baik dari kedudukan ke-17 sebelum masuk dalam grup depan untuk merebut podium.

“Danial pula, saya gembira sebab dia dapat mata dalam Race 1. Tetapi Race 1, Danial tidak bernasib baik kerana dilanggar pelumba lain ketika berada di kedudukan P7. Terima kasih kepada Monlau Motul dan Junior Talent Team atas semua usaha mereka. Juga, tahniah kepada semua pelumba kami atas prestasi hebat ditunjukkan hujung minggu ini. Harapnya, kami dapat kekalkan momentun sepanjang musim ini. Jumpa di Jerez dua minggu lagi.”

Auto Terkini Damok Hakim Danish Hakim Danish Ramli SIC Racing sukan permotoran Syarifuddin Azman
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.