Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Daimler, Geely Bekerjasama Bangunkan Enjin Hibrid Masa Depan
Auto Terkini

Daimler, Geely Bekerjasama Bangunkan Enjin Hibrid Masa Depan

Abang HirataBy Abang Hirata25/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DAIMLER AG
(Daimler) dan Geely Holding (Geely) yang masing-masing memiliki saham dalam Mercedes-Benz AG dan Volvo Cars kini merancang bekerjasama membangunkan sistem trenkuasa berkecekapan tinggi bagi kegunaan kenderaan hibrid masa depan.

Ini berita menarik buat peminat automotif tempatan memandangkan Proton kini menjadi sebahagian subsidiari Geely Group. Kerjasama itu dijangka menyaksikan kedua-dua pengeluar itu saling bekerjasama membangunkan trenkuasa hibrid bagi meningkatkan daya saing global dan mewujudkan skala ekonomi.

BACA >>> Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart

Daimler dan Geely melihat teknologi trenkuasa efisien sebagai aspek utama transformasi industri automotif berterusan yang akan mempercepatkan peralihan kepada pemanduan bebas emisi.

Dua gergasi automotif itu juga akan menggunakan rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) global bagi membangunkan enjin petrol generasi baharu khas untuk model hibrid yang dikeluarkan di kilang trenkuasa Eropah dan China. Ini dapat dimanfaatkan Mercedes-Benz AG dengan rakan kongsi dari China dan subsidiari di bawah Geely Holding Group, termasuk Volvo Cars.

Buat masa sekarang eksport enjin dari China dianggap pilihan. Jadi, projek baharu dengan Geely itu adalah sebahagian strategi komprehensif trenpacu (drivetrain) Mercedes-Benz untuk masa depan.

BACA >>> Mahu Perluas Pasaran Kenderaan Elektrik, Geely Beli Saham Daimler?

Dalam program Ambition 2039, Mercedes-Benz mensasarkan ‘elektrik dahulu’ atau elektrik diutamakan dengan teknologi elektrifikasi untuk semua varian model dan jenis kenderaan. Kerjasama itu juga membolehkan Daimler dan Geely menggabungkan kelebihan dan sumber global masing-masing bagi membangunkan dan mengeluarkan sistem trenkuasa berkecekapan tinggi.

Buat masa ini, Daimler dan Geely sudahpun menjalin kerjasama membangunkan jenama Smart di peringkat antarabangsa dan menawarkan khidmat e-panggilan premium di pasaran China.

BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China

Ambition 2039 Auto Terkini Daimler Daimler AG Geely Geely Holding Kerjasama Daimler dan Geely SMART
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.