• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Daimler, Geely Bekerjasama Bangunkan Enjin Hibrid Masa Depan

Daimler, Geely Bekerjasama Bangunkan Enjin Hibrid Masa Depan

November 25, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DAIMLER AG
(Daimler) dan Geely Holding (Geely) yang masing-masing memiliki saham dalam Mercedes-Benz AG dan Volvo Cars kini merancang bekerjasama membangunkan sistem trenkuasa berkecekapan tinggi bagi kegunaan kenderaan hibrid masa depan.

Ini berita menarik buat peminat automotif tempatan memandangkan Proton kini menjadi sebahagian subsidiari Geely Group. Kerjasama itu dijangka menyaksikan kedua-dua pengeluar itu saling bekerjasama membangunkan trenkuasa hibrid bagi meningkatkan daya saing global dan mewujudkan skala ekonomi.

BACA >>> Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart

Daimler dan Geely melihat teknologi trenkuasa efisien sebagai aspek utama transformasi industri automotif berterusan yang akan mempercepatkan peralihan kepada pemanduan bebas emisi.

Dua gergasi automotif itu juga akan menggunakan rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) global bagi membangunkan enjin petrol generasi baharu khas untuk model hibrid yang dikeluarkan di kilang trenkuasa Eropah dan China. Ini dapat dimanfaatkan Mercedes-Benz AG dengan rakan kongsi dari China dan subsidiari di bawah Geely Holding Group, termasuk Volvo Cars.

Buat masa sekarang eksport enjin dari China dianggap pilihan. Jadi, projek baharu dengan Geely itu adalah sebahagian strategi komprehensif trenpacu (drivetrain) Mercedes-Benz untuk masa depan.

BACA >>> Mahu Perluas Pasaran Kenderaan Elektrik, Geely Beli Saham Daimler?

Dalam program Ambition 2039, Mercedes-Benz mensasarkan 'elektrik dahulu' atau elektrik diutamakan dengan teknologi elektrifikasi untuk semua varian model dan jenis kenderaan. Kerjasama itu juga membolehkan Daimler dan Geely menggabungkan kelebihan dan sumber global masing-masing bagi membangunkan dan mengeluarkan sistem trenkuasa berkecekapan tinggi.

Buat masa ini, Daimler dan Geely sudahpun menjalin kerjasama membangunkan jenama Smart di peringkat antarabangsa dan menawarkan khidmat e-panggilan premium di pasaran China.

BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ambition 2039, auto terkini, Daimler, Daimler AG, Geely, Geely Holding, Kerjasama Daimler dan Geely, SMART

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
    TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my