• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China

Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China

January 8, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely) dan Mercedes-Benz bersetuju bekerjasama dalam projek pembuatan kenderaan elektrik (EV) di bawah jenama Smart.

Setiap pengeluar akan melabur C¥2.7 bilion (RM1.59 bilion) secara perkongsian 50:50 dan akan berpangkalan di bandar pantai Ningbo, di timur laut Zhejiang, China. Geely akan membangunkan EV Smart generasi baharu rekaan Mercedes-Benz yang mana jualan global dijangka bermula pada 2022.

BACA>>>Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart

smart
smart car

Sejak dilancarkan 1998, Smart mengalami kerugian. Penganalisis kewangan, Evercore ISI menganggarkan divisyen di bawah Daimler itu rugi €700 juta (RM3.2 bilion) setiap tahun. Geely dan Daimler kini menaruh harap yang peminat muda dan urban di China akan membantu meremajakan semula jenama tersebut.

Bagaimanapun, Daimler akan terus menghasilkan generasi Smart sedia ada di kilang Hambach di Perancis dan Novo Mesto Renault, Slovenia sehingga kilang baharu beroperasi. Model Smart ForTwo dan ForFour berkongsi platform dengan Renault Twingo. Selepas 2022, kilang Hambach akan membina kereta elektrik untuk Mercedes-Benz.

BACA >>> Geely Perkenal London Taxi ke Asean, Pasang dan Mula Operasi di Thailand

geely-auto-logo
Mercedes Logo-pandulajudotcom

Geely berkembang pesat menerusi gabungan dan pengambilalihan Volvo daripada Ford pada 2010. Pada 2018, pengeluar itu meraih pegangan saham hampir 9.7 peratus di Daimler, termasuk melancarkan perkhidmatan e-hailing di China dengan pengeluar Jerman berkenaan.

Pengumuman terbaharu Geely itu dibuat selepas sebulan BMW dan Great Wall membentuk usahasama membina MINI di China yang memiliki pasaran EV terbesar dunia selain permintaan kereta elektrik kompak yang semakin meningkat.

BACA >>> Volvo-Geely Rancang Tubuh Syarikat Baharu Bangunkan Enjin Petrol, Hibrid

SUMBER: AutoNews

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Daimler, Evercore ISI, Geely, Geely Auto, Mercedes, Mercedes-benz, Roda4, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my