Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Cuci Kereta Online dengan KwikWash, Tidak Perlu Lagi Beratur dan Tunggu!
Autotainment

Cuci Kereta Online dengan KwikWash, Tidak Perlu Lagi Beratur dan Tunggu!

Han OthmanBy Han Othman19/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENCUCI kereta sekurang-kurangnya satu atau dua minggu sekali ialah asas kepada amalan penjagaan kenderaan yang baik. Kebiasaannya, anda akan keluar memandu dan mula mencari mana-mana pusat cuci kereta berdekatan dan sudah tentu akan memilih tempat yang kurang penuh supaya tidak perlu lama menunggu. Kalau tiada pilihan, terpaksa menunggu lama jugalah nampaknya.

Tetapi tahukah anda, ada perkhidmatan mencuci kenderaan yang tidak memerlukan anda menunggu dan beratur panjang kerana si pencuci sendiri yang akan datang mencuci kereta anda? Malah, anda boleh membuat tempahan cucian kereta menggunakan aplikasi telefon pintar yang dimuat turun daripada perisian AppStore atau Play Store bagi pemilik telefon bimbit Apple atau Android.

Sekarang, ingat nama aplikasi ini – KwikWash.

APAKAH KWIKWASH?

Secara ringkas, KwikWash ialah aplikasi tempahan cuci kereta online ciptaan anak Malaysia yang memberikan anda peluang menetapkan masa mencuci bersesuaian dengan masa sendiri. Ini kerana pekerja KwikWash yang akan datang mencuci kereta anda.

Apa yang lebih istimewa, teknik dan cara mencuci KwikWash adalah menggunakan amaun air yang sangat minimum tanpa sedikit pun menjejaskan kualiti cucian kereta anda.

APA PERLU BUAT?

Perkara pertama perlu dilakukan ialah memuat turun aplikasi KwikWash dalam telefon pintar sebelum mendaftar masuk dengan mengisi maklumat diri seperti nama, e-mel dan nombor telefon. Anda kemudian akan diberikan nombor pin khas atau nombor TAC yang dihantar menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) terus kepada telefon bimbit. Nombor pin itu pula digunakan untuk melengkapkan pendaftaran aplikasi anda.

Anda akan dipaparkan dengan dua menu utama – Services >> dan Packages >> (lihat gambar atas kanan).

1. MENU ‘SERVICES’

Menu Services akan menyenaraikan 3 sub menu, iaitu:

  • Car Park (Parkir Kereta)

Pilihan kawasan parkir kereta, ada 19 lokasi sekitar Lembah Klang. Kami memilih Wisma MCA di lantai bawah atau ground floor. Anda boleh juga namakan nombor tiang (Pillar/Section) untuk memudahkan pekerja KwikWash mengecam kereta anda.

  • Car (Kereta)

Anda perlu pilih model kereta, warna dan nombor plat.

  • Car Condition (Kondisi Kereta)

Ada 3 kondisi perlu dipilih berdasarkan tahap kekotoran kereta anda sama ada biasa (clean), sederhana (acceptable) atau kotor. Pilihlah salah satu. Daripada cubaan kami menggunakan tiga kawasan parkir berbeza, KwikWash setakat ini tidak menyediakan perkhidmatan cucian untuk kereta tahap kotor, cuma kondisi biasa dan sederhana saja.

Tekan NEXT

Anda akan dibawa ke menu SERVICES dan ada 4 senarai cara cucian ditawarkan:

  • KwikWash Original (RM15)
  • KwikWash Guard (RM60)
  • K wikWashPure (RM70)
  • KwikWash Multi (RM110)

Harga akan dinyatakan sebaik saja anda memilih salah satu daripada cara cucian yang dimahukan. Kami memilih KwikWash Original yang berharga RM15.

Tekan NEXT

Anda akan dipaparkan dengan senarai cucian yang akan dilakukan, termasuk anggaran masa. Bagi cucian KwikWash Original, antara proses cucian dilakukan ialah cucian luaran, vakum dalaman, kilat tayar dan cucian berserta rawatan tingkap. Anggaran masa ialah 15 minit. Tekan NEXT

Menu ini akan menyenaraikan pilihan cucian tambahan untuk dipilih. Bagi pakej Original ada 6 jenis pilihan cucian tambahan seperti cucian karpet, perlindungan papan pemuka, cucian kerusi fabrik, cucian kerusi kulit, hilangkan bau, rawatan cermin depan (lihat gambar atas kanan). Jika anda cuma mahu cucian biasa, tidak perlulah klik mana-mana butang pilihan. Terus saja tekan NEXT.

Masukkan tarikh dan kod promosi (jika ada).
Pilih tarikh.
Pilih masa.
Sahkan butir tempahan.

Kemudian pilihlah tarikh dan masa yang sesuai mengikut kesesuaian anda dan masukkan kod promosi (jika ada). Borang tempahan akan dipaparkan dan anda perlu mengesahkannya dengan klik butang CONFIRM. Sekarang, selesai!


2. MENU ‘PACKAGES’

Menu ini adalah khas buat anda yang mahu mendapatkan pakej cucian khas supaya tidak perlu lagi membuat tempahan sama setiap kali mahu mencuci kereta. Apa yang pasti, lebih menjimatkan. Misalnya, pakej paling murah Deluxe Savvy berharga RM328, di mana anda akan mendapat 24 kali cucian luaran dengan tambahan 1 cucian percuma dan 1 lilin dan gilap (wax and polish)

Jika menempah biasa, 24 kali cucian luaran (RM15/cuci) adalah bersamaan RM360. Kini, anda jimat RM32 dan dapat pula ekstra 1 cucian gilapan percuma secara percuma. Ada enam pakej ditawarkan KwikWash, termasuk Deluxe Savvy, iaitu:

  • Deluxe Savvy (RM328)
  • Supreme Savvy (RM498)
  • Premium Savvy (RM598)
  • Premium Plus Complete (RM798)
  • Ultimate Complete (RM1,188)
  • Epitome Complete (RM2,188)

BERSIHKAH CUCIAN TANPA AIR?

Istilah cucian tanpa air atau waterless bukan bermaksud tiada langsung air digunakan, tetapi penggunaan air ialah minimum hingga lantai pun tidak sempat basah.

Caranya, sabun pencuci akan disembur untuk memisahkan atau mengapungkan kotoran daripada lapisan cat badan kereta. Kemudian, barulah kereta dilap dengan tuala mikrofiber. Ia akan dilakukan berulang kali sehinggalah kereta bersih sepenuhnya. Hasilnya bukan saja sebersih cucian di pusat cuci kereta biasa, tetapi sabun pencuci juga dijamin selamat dan tidak merosakkan lapisan cat kereta anda kerana bahan digunakan adalah daripada sumber organik.

Berdasarkan hasil kerja dilakukan pekerja KwikWash, tidak timbul langsung isu kereta kurang bersih kerana kurang menggunakan air. Buktinya kereta kami memang bersih, bersinar dan nampak lembap seperti selepas disimbah berbaldi-baldi air. Cara kerja dilakukan juga kemas, cermat dan teliti. Paling penting tidak perlu tergesa-gesa dan beratur lama. Cuma isikan butiran tempahan, pergi ke mana-mana parkir yang menyediakan perkhidmatan KwikWash mengikut jadual masa ditetapkan, dan tunggu saja mereka selesaikan kerja mencuci untuk anda.

Ringkas, mudah dan cekap!

aplikasi cuci kereta online autotainment cuci kereta tanpa air KwikWash pusat cuci kereta pusat cuci kereta KwikWash
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.