Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Atuk Kena Saman Sebab Main Pokemon Go Ketika Perintah Berkurung
Auto Terkini

Covid-19: Atuk Kena Saman Sebab Main Pokemon Go Ketika Perintah Berkurung

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pesara didenda kerana memburu Pokemon ketika perintah berkurung dikuatkuasakan di Sepanyol sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Foto kertas saman pesalah itu dikongsikan Polis Madrid (Policia Municipal de Madrid) dalam akaun Twitter turut memaparkan maklumat kesalahan tersebut.

Pesalah ialah seorang lelaki 77 tahun yang ditahan di daerah Latina, Madrid pada Ahad lalu (22 Mac 2020), jam 1.15 petang. Percaya atau tidak, apa yang diberikan polis ketika ditahan adalah dia sedang memburu Pokemon.

BACA >>> #Videotomotif: Ini Cara Juara Trail Dunia Hilangkan Bosan Sebab Kena 'Lockdown'

Sepanyol ialah negara Eropah pertama menguatkuasakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan sejak awal bulan ini untuk mencegah penularan virus pembunuh itu.

Pokemen Go ialah permainan mobil yang menggabungkan dunia virtual dan sebenar. Pemain perlu mencari, menangkap raksasa dan melatih pelbagai karakter Pokemon di lokasi sebenar.

Mengenai Covid-19, jumlah kematian akibat Covid-19 di Sepanyol kini mencecah lebih 4,000 orang dengan kes positif dijangkiti lebih 56,000 orang.  Stesen penyiaran awam, TeleMadrid melaporkan lebih 700 saman dikeluarkan sepanjang Ahad lalu sahaja. Lebih 60,000 aduan diterima seluruh Sepanyol sejak perintah berkurung berkuat kuasa.

BACA >>> Covid-19: PM Britain Umum Perketat Perintah Berkurung, Suruh Duduk Rumah 3 Minggu!

SUMBER: Metro

Atuk Sepanyol Kena Saman Auto Terkini Covid-19 Lockdown Perintah Berkurung Permainan Mobil Pokemon Pokemon Go Sepanyol
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.