• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Ini Cara Juara Trail Dunia Hilangkan Bosan Sebab Kena ‘Lockdown’

#Videotomotif: Ini Cara Juara Trail Dunia Hilangkan Bosan Sebab Kena 'Lockdown'

March 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


WABAK Covid-19 yang semakin menular seluruh dunia memaksa banyak negara mengambil pendekatan mengehadkan pergerakan, termasuk menguatkuasakan perintah berkurung dalam rumah (lockdown).

Berada dalam rumah sepanjang tempoh pengasingan sosial atau berkurung sama ada secara sukarela atau mandatori pasti menyeksakan buat mereka yang kuat bekerja dan jenia tidak boleh duduk diam.

Ramai individu yang mengamalkan gaya aktif cuba melakukan sesuatu yang mampu menghilangkan rasa bosan di rumah. Di Itali dan Sepanyol, misalnya, penduduknya berkongsi momen muzikal di balkoni kediaman.

Orang Sepanyol main muzik di balkoni.
Tisu tandas habis di Amerika.

Di Amerika Utara pula, penduduk menyibukkan diri berebut membeli tisu tandas dalam kuantiti besar sedangkan Amerika Syarikat (AS) itu sendiri ada banyak pengeluar tisu tandas. Bayangkan, rakyat di negara pengeluar tisu tandas terbesar risaukan negaranya kehabisan tisu tandas.

Tidak lupa juga jualan laris senjata api dan peluru di AS sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kegagalan dalam kawalan ketenteraman awam.

BACA >>> Covid-19: Sepanyol Kena Berkurung, Marc dan Alex Marquez Lepak Rumah

TONI BOU MAIN MOTOR DALAM RUMAH

antoni-toni-bou-2
antoni-toni-bou

Bagi juara sukan trail motosikal Antoni (Toni) Bou, dia ada cara sendiri menghilangkan rasa bosannya, iaitu bawa motosikal dan beraksi dalam rumah.

BACA >>> Covid-19: Rossi Lancar Kutipan Dana untuk Bantu Hospital Itali

Jika anda pernah menonton aksi sukan permotoran trail, anda pasti tahu setiap peserta memiliki kemahiran mengimbangkan motosikal yang cukup luar biasa sama ada menggunakan dua atau satu tayar.

Toni Bou, yang juga juara beberapa kali Kejuaraan Dunia Trial FIM, berkongsi video aksi trail dengan melakukan rutin harian di rumah.

Aksi bermula dengan menggosok gigi, menukar pakaian dan membancuh kopi atas motosikal trail. Selepas itu, dia bermain skill lompatan 'bunny hop' di ruang tamu hingga turun tangga ke bawah rumah dan berakhir dengan parkir atas jek motosikal.

BACA >>> Covid-19: Rossi Lancar Kutipan Dana untuk Bantu Hospital Itali

GALERI
toni bou
toni bou 4
toni bou 5
toni bou 1
toni bou 2
toni bou 3
toni bou 6
toni bou 7
toni bou 8
toni bou 9

SUMBER: RideApart|YouTube

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Covid-19, Lockdown, Perintah Berkurung, Stay At Home, Sukan Trail, Toni Bou, Trail Bike, videotomotif, Wabak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my