Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: PM Britain Umum Perketat Perintah Berkurung, Suruh Duduk Rumah 3 Minggu!
Auto Terkini

Covid-19: PM Britain Umum Perketat Perintah Berkurung, Suruh Duduk Rumah 3 Minggu!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAKYAT Britain kini perlu duduk di rumah selepas Perdana Menteri Boris Johnson mengarahkan perintah berkurung (lockdown), tetapi masih bukan sekatan penuh, selama tiga minggu dan jika berdegil boleh didenda.

Langkah serius itu dibuat selepas Britain mencatat 335 kematian akibat wabak Covid-19, manakala kes positif virus itu meningkat dari 967 kepada 6,650 kes. Johnson nyata berang apabila sebahagian besar penduduk enggan patuh kepada saranan jarak sosial.

Susulan pengumuman terbaharu itu, penduduk Britain, dengan populasi 66 juta orang kini cuma boleh keluar rumah untuk beberapa tujuan penting sahaja seperti:

  • Beli barangan keperluan
  • Bersenam (taman awam dibuka, tetapi untuk tujuan senaman dan jika ada perhimpunan, akan diusir)
  • Mendapatkan rawatan perubatan atau ubat
  • Memberikan penjagaan atau bantu mereka yang kurang upaya atau lemah
  • Pergi kerja
https://videos.metro.co.uk/video/met/2020/03/23/6262057051241495490/640x360_MP4_6262057051241495490.mp4

 

Selepas selesai mesyuarat Cobra di Bilik Taklimat A Pejabat Kabinet (Cabinet Office Briefing Room A) dengan menteri-menteri Kabinet, Johnson menegaskan:

Anda tidak seharusnya jumpa kawan. Jika kawan kamu ajak jumpa, kamu harus cakap tidak. Kamu tidak perlu jumpa ahli keluarga yang tidak tinggal di rumah kamu.

“Kamu tidak perlu keluar beli-belah kecuali keperluan penting seperti makanan dan ubat-ubatan. Kamu boleh buat perkara ini pada kadar rendah (minimum) semampu boleh. Sebolehnya, gunakan khidmat kiriman makanan.

“Jika kamu tidak patuh pada peraturan, polis ada kuasa untuk menguatkuasakannya, termasuk denda dan mengusir perhimpunan.”

Beliau turut menyebut beberapa tempat akan ditutup, manakala sekatan bakal dilaksanakan di Britain untuk mengekang penularan Covid-19. Berikut premis yang diarahkan tutup:

  • Kedai barangan bukan keperluan
  • Perpustakaan
  • Taman permainan
  • Tempat ibadat

Aktiviti sosial dilarang:

  • Himpunan lebih dua individu di kawasan awam
  • Perkahwinan
  • Pembaptisan dan lain-lain majlis

Upacara dibenarkan:

  • Pengebumian

Bagi memudahkan (pemahaman), jika terlalu ramai orang jatuh sakit pada satu-satu masa, NHS (Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan) tidak berupaya mengendalikannya.

“Adalah penting untuk melambatkan penularan wabak kerana ini cara kami kurangkan jumlah mereka ke hospital untuk rawatan pada satu-satu masa.”

Menariknya, Parti Buruh yang juga parti pembangkang di Britain menyokong keputusan Perdana Menteri. Ketua Pembangkang, Jeremy Corbyn menyambut baik langkah Boris dengan menyatakan:

Perdana Menteri wajar meminta rakyat tinggal di rumah, melindungi (kakitangan) NHS dan menyelamatkan nyawa.

“Ini respons betul terhadap pandemik koronavirus, satu langkah yang kami turut minta. Kami sambut baik langkah ini dan akan bekerjasama memastikan semua orang ada perlindungan dan keselamatan yang mereka perlukan.”

SUMBER: Metro| DailyMail

Auto Terkini Boris Johnson Britain Covid-19 Jeremy Corbyn Perintah Berkurung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP PM Britain UK Lockdown
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.