Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Apa Dunia Buat untuk Hilangkan Bosan Kena Kurung?
Auto Terkini

Covid-19: Apa Dunia Buat untuk Hilangkan Bosan Kena Kurung?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA sangka rutin harian manusia boleh berubah sepenuhnya gara-gara kuman halus yang tidak mampu dilihat mata kasar, itulah Covid-19.

Mula menular dari pasar basah di Wuhan, China dan kini mencetuskan pandemik dunia yang menyebabkan hampir setiap negara mencatatkan kes jangkitan wabak tersebut, sekali gus memaksa banyak negara mengumumkan perintah drakonian untuk mengawal pergerakan rakyat masing-masing supaya duduk di rumah.

BACA >>> Covid-19: PM Britain Umum Perketat Perintah Berkurung, Suruh Duduk Rumah 3 Minggu!

Perintah tersebut mungkin menyekat kebebasan dan mencalar imej hak asasi banyak negara demokratik, tetapi segalanya terpaksa dilakukan untuk meneruskan kelangsungan nyawa manusia. Segalanya tentang survival.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa foto yang memaparkan ragam dan gelahat penduduk luar negara sepanjang mematuhi peraturan berkurung atau kawalan pergerakan.

Selain perlu patuh arahan Kerajaan masing-masing dengan menjarakkan komunikasi sosial, pada masa sama mereka juga memerlukan ruang untuk menghiburkan diri, bersanti, menikmati hidup, bersosial dan menghilangkan kebosanan. Semua itu perlu dilakukan di rumah. Bagaimana?

1. MAIN BINGO

Penghuni rumah penjagaan Masonic Homes Kentucky di Amerika Syarikat menghabiskan masa bermain Bingo. Bagusnya, masing-masing mengekalkan jarak sosial antara satu sama lain.

2. BELAJAR PENJARAKAN SOSIAL

Beberapa premis dan farmasi termasuk di Malaysia melekat pita atas lantai untuk mendidik orang ramai mematuhi penjarakkan sosial semasa dunia diancam wabak Covid-19. Ini adalah dua premis restoran makanan segera McDonald’s yang menyediakan kawalan sama di Britain.

3. RAWAT RAMBUT DI SALUN

Salun, Trimlines Hair Salon di perkampungan Pontyberem, Wales mencuri tumpuan warga maya selepas tular gambar seorang pelanggan mendapatkan khidmat meluruskan rambut dari luar pintu kedai.

Begitu juga beberapa gambar dan video salun di China yang memaparkan gelagat pendandan rambut menggunakan set gunting dan dandan yang dipasangkan pada batang kayu untuk menjarakkan diri dengan pelanggan.

4. ANJING DAN DRON

Seorang lelaki tetap patuh kepada perintah berkurung dan pada masa sama, membawa anjing peliharaannya keluar berjalan-jalan. Dia menggunakan dron untuk aktiviti ini di sekitar bandar Limassol, Cyrus.

Selain itu, ada juga pemilik anjing membiarkan haiwan peliharaan berjalan bersendirian dan pulang ke kediaman mereka tanpa pengawasan.

5. BERSENAM DI BALKONI

Lazimnya, balkoni dijadikan tempat menjemur pakaian atau bersantai pada waktu lapang. Ada beberapa individu aktif menukar ruang terhad ini sebagai tempat senaman.

Elisha Nochomovitz (baju biru) dari Toulouse, Perancis berlari hampir tujuh jam di balkoni kediamannya yang cuma sepanjang 7 meter. Atlet sukan dayung Jerman, Johannes Weissenfeld (kanan) pula berlatih mendayung di balkoni apartmennya di Dortmund.

6. IRAMA DARI BALKONI

Pasangan pemuzik, Karoline Strobl dan Zoltán Mácsai memainkan lagu Ode to Joy menggunakan instrumen muzik selo dan hon semasa berada di balkoni mereka di Dresden, Jerman.

BACA >>> Covid-19: Atuk Kena Saman Sebab Main Pokemon Go Ketika Perintah Berkurung

SUMBER : Independent | TheSun

Auto Terkini Covid-19 Lockdown Perintah Berkurung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.