Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

SyafieBy Syafie06/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888

CHERY Malaysia melancarkan kempen promosi sempena Aidilfitri 2026 dengan pelbagai tawaran istimewa seperti rebat tunai, aktiviti komuniti dan hadiah menarik buat pelanggan seluruh negara.

Kempen berlangsung 1 hingga 31 Mac 2026 itu menawarkan rebat bermula RM7,888 untuk model Chery Tiggo Cross HEV, dan penjimatan sehingga RM8,888 untuk model Chery Tiggo 7 PHEV dan Chery Tiggo 8 PHEV.

Promosi menyasarkan pelanggan yang mahu menaik taraf kenderaan sebelum musim balik kampung sempena Aidilfitri nanti.

Jarak sehingga 1,200km

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888

Barisan model hibrid plug-in (PHEV) Chery direka untuk menawarkan prestasi lancar dan kecekapan bahan api tinggi. Dengan bateri penuh dan setangki petrol diisi penuh, model PHEV jenama itu mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 1,200km.

Keupayaan itu membolehkan pengguna melakukan perjalanan jarak jauh seperti balik kampung tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak atau mengecas bateri.

Bagaimanapun, rebat promosi itu hanya sah untuk unit tahun pembuatan 2025 (YOM2025).

Pameran Jelajah Raya di LaLaport BBCC

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888

Sempena musim perayaan, Chery Malaysia turut menganjurkan Pameran Jelajah Hari Raya di LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang menampilkan sesi pandu uji model Chery Tiggo 7 PHEV dan Chery Tiggo Cross HEV.

Selain itu, kanak-kanak boleh menyertai pertandingan mewarna pada 14 Mac, manakala pengunjung berpeluang memenangi pelbagai barangan eksklusif seperti beg tote, topi Chery, set sampul raya dan pin edisi terhad.

Pelanggan yang menempah kenderaan Chery di lokasi pameran jelajah antara 7 Mac – 5 April 2026 berpeluang menerima hadiah eksklusif dan baucar membeli-belah LaLaport bernilai RM150.

Cabaran Raya PHEV Fit-Check

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888

Chery Malaysia juga memperkenalkan cabaran media sosial Raya PHEV Fit-Check di bilik pameran Chery seluruh negara.

Orang ramai hanya perlu hadir memakai pakaian Raya, memandu uji mana-mana model PHEV Chery dan memuat naik gambar bersama kenderaan tersebut ke media sosial untuk menyertai peraduan.

Peraduan berlangsung 9 – 31 Mac 2026 itu menawarkan pelbagai hadiah seperti telefon pintar kepada pemenang.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, kempen tersebut bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai teknologi PHEV Chery sambil menikmati pengalaman perjalanan jauh yang lebih selesa dan efisien.

Auto Terkini Chery Malaysia Chery Rebat Hari Raya Aidilfitri 2026 Hari Raya Bersama Chery Kempen Hari Raya
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.