Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Naked Bike Middleweight 3-Silinder CFMoto 675NK 2025 Rasmi di Malaysia, Harga RM33,888!
Roda2

Naked Bike Middleweight 3-Silinder CFMoto 675NK 2025 Rasmi di Malaysia, Harga RM33,888!

Han OthmanBy Han Othman30/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CFMoto 650NK 2025
SELEPAS menggamatkan peminat dua roda menerusi pelancaran CFMoto 800MT-X, Men Huat Motors Sdn Bhd sekali lagi mencuri tumpuan dengan memperkenalkan naked bike middleweight terkini, CFMoto 675NK 2025, yang kini rasmi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Model middleweight itu bukan saja tampil garang dengan rekabentuk agresif, tetapi juga dikuasakan enjin 3-silinder serba baharu yang menjadi pilihan ideal untuk kegunaan harian.

CFMoto 650NK 2025 - Glacier White
Glacier White
CFMoto 650NK 2025 - Tundra Grey
Tundra Grey

Enjin 675cc 3-Silinder Baharu, Prestasi Menyengat

CFMoto 675NK 2025 dijana enjin 4-lejang 3-silinder sebaris 675cc DOHC penyejukan cecair dengan output kuasa 93.8hp (70kW) @ 11,000rpm dan tork 70Nm @ 8,250rpm yang cukup untuk memberikan pecutan mantap di lebuh raya dan respons terotel responsif di kawasan bandar.

Konfigurasi gerek dan lejang 72mm x 55.2mm dengan nisbah mampatan 11.5:1 menyumbang kepada keseimbangan antara kuasa dan kecekapan bahan api, manakala sistem suntikan bahan api Bosch EFI memastikan tunggangan kekal lancar dan efisien.

Transmisi 6-Kelajuan, Quickshifter dan Klac Sliper

CFMoto 650NK 2025 - Glacier White
CFMoto 650NK 2025 - Tundra Grey

Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan pacuan rantai akhir turut dipadankan bersama klac sliper jenis multiplat basah untuk anjakan gear lebih lancar dan kestabilan tayar belakang ketika membrek agresif.

Ciri Quickshifter (naik gear sahaja) turut disediakan untuk pengalaman tunggangan lebih pantas tanpa perlu menarik klac.

Suspensi, Brek dan Cengkaman Terbaik dalam Kelas

CFMoto 650NK 2025

Bagi kawalan maksimum, CFMoto 675NK 2025 hadir dengan peredam stereng (steering damper) untuk kestabilan tambahan pada halaju tinggi. Suspensi fork terbalik (USD) 41mm boleh laras penuh di depan dan monoshock di belakang dengan travel 130mm membantu memberikan kestabilan terbaik, sama ada di selekoh atau ketika meredah jalan berlubang.

Sistem brek pula menggunakan komponen premium brek cakera kembar J.Juan 300mm dengan kaliper 4-piston di depan dan  dan brek cakera 240mm di belakang, dilengkapi ABS dua saluran** untuk keselamatan maksimum.

Ringan, Stabil dan Selamat untuk Harian

CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025

CFMoto 675NK 2025 memiliki dimensi panjang 2,020mm, lebar 849mm , dan tinggi 1,155mm, manakala jarak roda 1,400mm dan tinggi pelana 810mm, sesuai untuk penunggang pelbagai saiz.

Berat motosikal ini cuma 189kg, yang mudah dikawal dalam trafik bandar dengan kapasiti tangki bahan api 15 liter menjanjikan jarak perjalanan lebih jauh dengan isian minimum.

Rim aluminium ringan dipadankan tayar CST 120/70 R17  di depan, dan 180/55 R17 (belakang), memastikan cengkaman stabil atas pelbagai permukaan jalan.

Ciri Premium – TCS, TPMS, LED dan Sokongan Aplikasi

Bagi keselamatan tambahan, CFMoto 675NK 2025 didatangkan dengan Kawalan Traksi 2-tetapan dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) masa nyata.

Ciri lain diberikan ialah sistem lampu LED penuh, konektiviti CFMoto Ride App, dan port USB Type-C termasuk Type-A yang menjadikan motosikal ini moden dan praktikal. Segala sistem disokong bateri 12V yang dipercayai untuk semua keperluan elektronik.

Harga dan Waranti

CFMoto 650NK 2025

CFMoto 675NK 2025 dijual pada harga bermula RM33,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), dan boleh ditempah di semua pengedar sah CFMoto seluruh Malaysia.

Setiap pembelian hadir dengan waranti dua tahun tanpa had batuan, dan akses membeli alat ganti tulen secara dalam talian melalui CFMoto Malaysia.

CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025
CFMoto 650NK 2025 - Glacier White
CFMoto 650NK 2025 - Glacier White
Glacier White
CFMoto 650NK 2025 - Tundra Grey
Tundra Grey
CFMoto 650NK 2025 - Tundra Grey
Pamflet CFMoto 650NK 2025
Pamflet CFMoto 650NK 2025
CFMoto 675NK 2025 CFMOTO Malaysia Men Huat Motors Sdn Bhd Naked Bike Middleweight roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.