Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah Cerita Peminat Tegar Proton di Bumi Turki
Autotainment

Inilah Cerita Peminat Tegar Proton di Bumi Turki

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/03/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN segelintir kalangan kita sudah tidak punya rasa bangga dengan kereta nasional. Proton, misalnya, keluarlah apa saja model baharu, pasti ada saja yang tidak kena. Berduyun-duyun kaki kondem menyerbu masuk mengisi ruangan komen di media sosial.

Lain pula cerita yang dikongsi pelajar Malaysia di Turki, Muhamad Nur Thaqib Shaker yang juga Exco Data, Komunikasi dan Perhubungan bagi Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) seperti  dipetik Sinar Online berkata, Hami Akyus, 19, adalah salah seorang peminat tegar Proton dan setakat ini sudah memandu dan merasai sekurang-kurangnya 18 model Proton sejak lapan tahun lalu.

BACA >>> Apa Akan Jadi Jika PROTON Sudah Tiada?

Hami mengakui amat berpuas hati dengan produk Malaysia itu dan jangan terkejut jejaka kelahiran Istanbul itu sebenarnya masih tetap setia dengan Proton sehingga kini.

Proton adalah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli. Saya dan peminat jenama kereta Malaysia juga amat berharap model baharu Proton dapat masuk ke Turki lagi.”

– Hami Akyus

Sementara itu, Okan, 33 yang juga berasal dari Istanbul berkata, dia mula memandu kereta Proton sejak dua tahun lalu. Menurut Okan yang pernah bekerja dalam sektor automobil, dan sudah biasa dengan pelbagai jenama kereta, Proton boleh dianggap antara kereta berkualiti tinggi.

Proton ada prestasi baik yang setanding jenama kenderaan dari negara lain. Jika dilihat pada harga yang berpatutan, ia memang salah sebuah kenderaan terbaik.”

– Okan

Pada awal pertubuhan Proton, tidak dinafikan produk-produk keluaran syarikat automobil Malaysia itu berada pada tahap terbaik penubuhannya hasil usahasama dengan pengeluar automobil Jepun, Mitsubishi. Antara model-model yang menempa kegemilangan tersendiri ialah Proton Saga, Wira, Putra dan model popular Satria.

BACA>>> Kalau Saya CEO PROTON, Mungkin Perkara Ini Yang Saya Buat…

PRODUK NEGARA ISLAM

Okan turut berbangga kerana Malaysia ialah antara negara Islam yang mampu mengeluarkan kenderaan sendiri dan berjaya di peringkat antarabangsa.

“Saya harap Malaysia terus berjaya. Saya juga minta supaya kerajaan dan rakyat Turki terus menyokong  jenama ini,” katanya.


Jelas Nur Thaqib, sebagai rakyat Malaysia dia mahu Proton terus merintis jalan kejayaan seperti jenama luar negara, misalnya Kia dan Hyundai yang kini menjadi salah satu gergasi permotoran dunia. Jika berada di beberapa bandar seperti Istanbul, Ankara, Antalya, Bursa, Konya dan Izmir, sesekali akan melihat kelibat model-model lama Proton seperti Wira dan Saga. Bahkan Proton Waja turut  dijadikan teksi di Istanbul.

Lebih menarik, peminat-peminat produk Malaysia itu turut menubuhkan Kelab Proton Turki. Pemilihan kereta Proton juga itu sebagai tanda sokongan mereka kepada produk keluaran negara Islam.

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

HAMİ AKYÜZ BAĞCILAR/CEHENNEM PROTON 218COUPE

SUMBER: Sinar Harian Online | Facebook Hami Akyus

Hami Akyus Okan peminat tegar Proton Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) Proton di bumi Turki PROTON Holding Berhad Proton Turki
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Lyana on 05/02/2018 10:32

      Tengok saja la model apa yang dimilikinya. Yang bagus memang itu.. Wira, Satria & Putra. Satria pun banyak pengikut di Australia suatu tika dulu. Kalau Proton boleh bina semula reputasi seperti saat kegemilangan itu…saya pasti ramai yang akan kembali semula kepada Proton.

      Honda, Toyota, Nissan, Audi…tetap ada masalah. Bukan jenis ‘kereta malaikat’. Hahaha…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.