• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah Cerita Peminat Tegar Proton di Bumi Turki

Inilah Cerita Peminat Tegar Proton di Bumi Turki

March 4, 2017 By AI 1 Comment

328
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN segelintir kalangan kita sudah tidak punya rasa bangga dengan kereta nasional. Proton, misalnya, keluarlah apa saja model baharu, pasti ada saja yang tidak kena. Berduyun-duyun kaki kondem menyerbu masuk mengisi ruangan komen di media sosial.

Lain pula cerita yang dikongsi pelajar Malaysia di Turki, Muhamad Nur Thaqib Shaker yang juga Exco Data, Komunikasi dan Perhubungan bagi Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) seperti  dipetik Sinar Online berkata, Hami Akyus, 19, adalah salah seorang peminat tegar Proton dan setakat ini sudah memandu dan merasai sekurang-kurangnya 18 model Proton sejak lapan tahun lalu.

BACA >>> Apa Akan Jadi Jika PROTON Sudah Tiada?

proton turki (2)
proton turki (3)
proton turki (1)
proton turki 4

Hami mengakui amat berpuas hati dengan produk Malaysia itu dan jangan terkejut jejaka kelahiran Istanbul itu sebenarnya masih tetap setia dengan Proton sehingga kini.

Proton adalah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli. Saya dan peminat jenama kereta Malaysia juga amat berharap model baharu Proton dapat masuk ke Turki lagi."

- Hami Akyus

Sementara itu, Okan, 33 yang juga berasal dari Istanbul berkata, dia mula memandu kereta Proton sejak dua tahun lalu. Menurut Okan yang pernah bekerja dalam sektor automobil, dan sudah biasa dengan pelbagai jenama kereta, Proton boleh dianggap antara kereta berkualiti tinggi.

Proton ada prestasi baik yang setanding jenama kenderaan dari negara lain. Jika dilihat pada harga yang berpatutan, ia memang salah sebuah kenderaan terbaik."

- Okan

Pada awal pertubuhan Proton, tidak dinafikan produk-produk keluaran syarikat automobil Malaysia itu berada pada tahap terbaik penubuhannya hasil usahasama dengan pengeluar automobil Jepun, Mitsubishi. Antara model-model yang menempa kegemilangan tersendiri ialah Proton Saga, Wira, Putra dan model popular Satria.

BACA>>> Kalau Saya CEO PROTON, Mungkin Perkara Ini Yang Saya Buat...

PRODUK NEGARA ISLAM

Okan turut berbangga kerana Malaysia ialah antara negara Islam yang mampu mengeluarkan kenderaan sendiri dan berjaya di peringkat antarabangsa.

"Saya harap Malaysia terus berjaya. Saya juga minta supaya kerajaan dan rakyat Turki terus menyokong  jenama ini," katanya.


Jelas Nur Thaqib, sebagai rakyat Malaysia dia mahu Proton terus merintis jalan kejayaan seperti jenama luar negara, misalnya Kia dan Hyundai yang kini menjadi salah satu gergasi permotoran dunia. Jika berada di beberapa bandar seperti Istanbul, Ankara, Antalya, Bursa, Konya dan Izmir, sesekali akan melihat kelibat model-model lama Proton seperti Wira dan Saga. Bahkan Proton Waja turut  dijadikan teksi di Istanbul.

Lebih menarik, peminat-peminat produk Malaysia itu turut menubuhkan Kelab Proton Turki. Pemilihan kereta Proton juga itu sebagai tanda sokongan mereka kepada produk keluaran negara Islam.

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

SUMBER: Sinar Harian Online | Facebook Hami Akyus

328
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Hami Akyus, Okan, peminat tegar Proton, Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Proton di bumi Turki, PROTON Holding Berhad, Proton Turki

Comments

  1. Lyana says

    February 5, 2018 at 10:32 AM

    Tengok saja la model apa yang dimilikinya. Yang bagus memang itu.. Wira, Satria & Putra. Satria pun banyak pengikut di Australia suatu tika dulu. Kalau Proton boleh bina semula reputasi seperti saat kegemilangan itu...saya pasti ramai yang akan kembali semula kepada Proton.

    Honda, Toyota, Nissan, Audi...tetap ada masalah. Bukan jenis 'kereta malaikat'. Hahaha...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my