Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Carsome, Electrum Jalin Kerjasama EV Dua Roda di Indonesia
Auto Terkini

Carsome, Electrum Jalin Kerjasama EV Dua Roda di Indonesia

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize12/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SYARIKAT platform e-dagang, Carsome menjalin kerjasama dengan syarikat kenderaan elektrik (EV) Indonesia, Electrum bagi mempercepat penggunaan EV dua roda bagi memenuhi permintaan pengangkutan lestari, dan ekonomik yang semakin bertambah di negara jiran itu.

Electrum adalah syarikat gabungan usahasama Gojek dan TBS Energi Utama pada 2021 yang bertujuan memacu Indonesia untuk muncul sebagai peneraju EV dunia.

BACA >>> Akak Bezza Total Lost Dapat Saga daripada Carsome
BACA >>> Mercedes-Benz S600 Mana Satu yang Ditolak Anwar Ibrahim?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carsome, Eric Cheng berkata, kerjasama itu akan membentuk semula pasaran. Carsome ketika ini sedang meneroka jalan merangsang penggunaan EV dua roda dengan permintaan penyelesaian mobiliti lebih ekonomik dan mampan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara yang mula bertambah.

Sebagai platform e-dagang kereta terkemuka di Indonesia dan Asia Tenggara, kami akan melengkapkan aspirasi pertumbuhan Electrum. Kolaborasi ini menandakan era baharu dalam perjalanan Carsome untuk menjayakan pelan menyokong pertumbuhan EV serantau yang sudahpun diamalkan,” kata Eric.

Carsome yang mengikuti lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta baru-baru ini turut berkongsi komitmen mengembangkan perniagaan di ibu kota Indonesia baharu akan datang, iaitu Nusantara.

Surat hasrat (IO) yang menjelaskan minat Carsome untuk melabur dan bertapak di Nusantara sudah diserahkan Eric kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Eric berkata, Carsome sudah bertapak di Indonesia sejak 2017 dan komited menyokong serta menyumbang kepada keperluan pembangunan sosioekonomi republik itu. Carsome kini mengendalikan 42 pusat runcit di Jabodetabek, Jawa Barat dan Jawa Timur.

Terdahulu, Carsome melancarkan makmal terbesar pertama di Indonesia pada Ogos 2022, dan Institut Teknikal Automotif, Carsome Academy pada Jun 2022 bagi meningkatkan tenaga kerja mahir industri.

Antara kerjasama lain di Indonesia adalah mengambil alih platform pengiklanan automotif atas talian terbesar di Asean, iCar Asia, yang mengendalikan mobil123, dan pengambilalihan saham ekuiti syarikat lelongan motosikal dan kereta, PT Universal Collection yang berpusat di Jakarta.

Selepas muncul di empat negara Asean (Malaysia, Thailand, Indonesia dan Thailand), Carsome  mahu mendigitalkan industri kereta terpakai di rantau ini dengan membentuk dan meningkatkan pengalaman membeli dan menjual.

BACA >>> Yamaha R15 Connected (2023) Tambah Warna Baharu di Indonesia, Harga RM11.2k
BACA >>> Indonesia Buka Terowong Lebuh Raya Pertama, Terpanjang dalam Negara

SUMBER: Bernama

Anwar Ibrahim ASEAN carsome dua roda EV GoJek Indonesia Kenderaan Elektrik PM TBS Energi Utama
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.