• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akak Bezza 'Total Lost' Dapat Saga daripada Carsome

Akak Bezza 'Total Lost' Dapat Saga daripada Carsome

January 13, 2022 By Farah Leave a Comment

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASIH ingat lagi cerita seorang wanita yang Perodua Bezza miliknya rosak teruk akibat banjir selepas baru tiga bulan dibeli?

Wanita itu, Nuarjan Sulaiman dari Hulu Langat, Selangor dikejutkan dengan hadiah tidak disangka, iaitu sebuah Proton Saga terpakai yang dihantar syarikat pengendali pasaran kereta terpakai Asia Tenggara, Carsome,  semalam.

BACA>>> Senyum dalam Hiba, Bezza Baru Beli 3 Bulan Guna KWSP Musnah Dihanyut Banjir

Nuarjan yang tinggal di Kampung Sungai Lui Batu 19 mengakui terperanjat apabila dihubungi Carsome yang mahu menggantikan keretanya yang rosak pada 18 Disember lalu.

Mula-mula macam tak percaya ada insan yang sudi nak beri kereta. Bila dah dapat, rasa sangat gembira dan kereta ini akan memudahkan pergerakan kami sekeluarga.

"Saya berterima kasih kepada Carsome dan rakyat Malaysia yang turut mendoakan rezeki kami. Anak-anak belum tahu, jadi ini juga kejutan buat mereka," katanya.

Terdahulu, tular klip video temu bual Nuarjan tentang keretanya yang rosak teruk (total lost) dan tidak boleh lagi diperbaiki. Apa mengharukan, kereta itu dibeli menggunakan wang tabungan, termasuk duit KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), dan juga kereta pertama keluarganya.

Mereka sekeluarga sebelum ini hanya menggunakan motosikal untuk ke mana-mana. Malah Bezza hitam yang rosak itu juga baru sebulan dibayar kepada bank.

Menurut Nurjan, suaminya sempat menyelamatkan Bezza tersebut ke bahagian jalan lebih tinggi, tetapi air naik cepat hingga menyebabkan kawasan tersebut turut ditenggelami banjir.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Bezza (2020) vs Proton Saga (2019) Facelift, Siapa Menang Drag?

SUMBER: SelangorKini

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akak Bezza Dapat Saga, Akak Bezza Total Lost, banjir, bezza musnah banjir, carsome, kereta rosak sebab banjir, Nuarjan Sulaiman, Saga, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my