Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Idea Lucu, Kreatif Nak Kunci Kereta untuk Elak Dicuri
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Idea Lucu, Kreatif Nak Kunci Kereta untuk Elak Dicuri

Han OthmanBy Han Othman09/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENTAHLAH sama ada mahu tepuk tangan, gelak atau menangis apabila melihat betapa kreatifnya pemandu-pemandu atas muka Bumi ini menjaga kereta mereka daripada dicuri. Masing-masing ada kreativiti, tetapi tidak kurang juga yang langsung tidak menggerunkan si perompak.

Apapun, sila tabik hormat atas semangat dan idea kreatif mereka. Ada berani tiru?

1. RANTAI DI TIANG, POKOK

Beli saja rantai atau kunci rantai di mana-mana kedai perkakasan, dan terus saja kuncikan kereta anda. Tapi pastikan tidak terlupa hendak bukakan kunci kalau tidak mahu bampar tercabut. Boleh jadi juga tiang atau pokok yang tumbang.

2. RANTAI, KUNCIKAN RIM

Ini cara yang normal dan biasa dilakukan mat motor dan penunggang basikal. Beli rantai dan lilitkan pada rim, casis, sproket, pelana atau swingarm. Jadi tidak salah pun kalau gunakan cara sama untuk kereta. Lilitkan rantai pada rim kereta.

3. KUNCI STERENG BERKOD

Mungkin anda tahu di mana boleh beli kunci stereng seperti ini. Tapi kenalah ingat kata laluan. Sekali terlupa, bersiap sedialah dengan gergaji besi.

4. RANTAI DAN MANGGA PINTU

Tidak perlu guna kunci rantai yang panjang. Cukup saja rantai sepanjang dua jengkal berserta mangga. Tetapi anda perlu mengimpal penyangkuk khas di kedua-dua belah pintu. Sanggup?

BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko yang Bakal Anda Hadapi

5. KUNCI PEDAL

Sila cari tukang besi dan tunjukkan gambar ini supaya mudah ditiru. Boleh juga beli yang siap bikin di kedai aksesori kereta. Cara ini semestinya mampu membuatkan pencuri angkat tangan kerana menyerah.

6. RANTAI SELURUH BADAN

Anda perlukan sedikit bajet untuk beli kunci rantai panjang dalam 3 meter. Boleh dibelit sepanjang bumbung kereta dan dikunci dengan mangga. Anda mungkin memerlukan kapak untuk memotong rantai atau menebang pokok sekiranya kehilangan kunci.

7. TEBUK PINTU KERETA, GANTI HENDAL DENGAN TOMBOL

Sama seperti cara nombor 4. Bezanya, cara ini tidak perlu mengimpal penyangkuk, tetapi lubangkan saja pintu kereta anda. Boleh juga ganti hendal pintu dengan tombol pintu rumah. Buruk sedikit tidak mengapa, asalkan selamat. 😑

8. KUNCI SENAPANG

kunci-kereta-8

Tidak tahulah sama ada senapang sebenar atau olok-olok saja. Apa yang pasti, pencuri akan berfikir seribu kali sebelum berani mencuri kereta anda. Masalahnya, polis pula yang akan mencuri anda ke lokap kerana membawa senjata berbahaya.

9. TUKAR STERENG

Tukar stereng, gunakan gari dan tambatkan dengan rantai yang dipautkan dengan tombol gear. Hmm, cara ini agak sofistikated. Tetapi, rasanya melihat stereng begini pun pencuri sudah tawar hati mahu mencuri.

10. SELAK PINTU

Inilah cara yang digunakan Mr Bean untuk menjaga keretanya. Cara ini jelas lebih kemas dan cantik berbanding nombor 4 dan 7 walaupun ketiga-tiga cara berkenaan memerlukan pintu kereta anda diubah suai. Pastikan anda mengupah jurukimpal yang baik.

BACA >>> Toyota Hilux, Vellfire Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2015-2019

autotainment cara kunci kereta idea kunci kereta kunci kereta kunci stereng tip automobil tip kunci kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.