Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Hilux, Vellfire Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2015-2019
Auto Terkini

Toyota Hilux, Vellfire Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2015-2019

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Hilux menjadi model kenderaan paling banyak dicuri, disusuli kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota, Vellfire dan Alphard, dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda, CR-V dan HR-V.

Lima model tersebut menjadi sasaran pencuri kereta kerana mendapat permintaan tinggi, terutama daripada sindiket curi kereta yang berpangkalan di luar negara. Ganjaran yang diterima bagi kelima-lima model ini berkali ganda lebih tinggi bagi seorang pencuri kereta apabila dia menyerahkannya kepada sindiket curi kereta CKD.

Habuan diterima untuk lima model itu juga tinggi. Berbanding dibayar kira-kira RM 2,000 atau kurang untuk kereta tempatan atau model lain, tetapi lima model tersebut mampu memberikan habuan setinggi RM6,000 hingga RM10,000 setiap satu.

BACA >>> Pencuri Kereta Dicekup Selepas Dikunci dalam BMW yang Dicuri

Sementara itu, kes kecurian kenderaan di Malaysia mencatatkan penurunan sejak 2015 yang banyak dibantu operasi agresif polis dan penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Angka penurunan kes jenayah curi kenderaan sepanjang 2015-2019 adalah seperti berikut:

  • Kecurian Kereta: 12,049 kes (2015) kepada 2,858 kes (2019)
  • Kecurian Motosikal: 38,565 kes (2015) kepada 10,815 kes (2019), turun lebih 72 peratus
  • Kecurian Kenderaan Berat (seperti lori): 3,395 kes (2015) kepada 651 kes (2019), turun hampir 81 peratus

Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Alzafny Ahmad berkata, kes kecurian kenderaan banyak dilumpuhkan dengan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

“Kebanyakkan pencuri kenderaan sama ada kereta, lori atau motosikal, kini sedang dalam tahanan di bawah POCA. Pada 2014, seramai 17 suspek ditahan dan penghujung tahun lalu, kami menahan seramai 1,037 lagi suspek.”

“Kes kecurian kenderaan semakin menurun secara beransur-ansur apabila semakin banyak penahanan suspek dilakukan. Suspek ditahan berdasarkan laporan dan risikan daripada barisan penyiasat kami. Namun, disebabkan kekurangan saksi dan bukti fizikal mahupun forensik di mahkamah, suspek mungkin akan terlepas tuduhan,” katanya.

Di bawah undang-undang POCA, suspek boleh direman hingga 60 hari dan seterusnya hingga dua tahun tanpa perbicaraan. Malah, boleh dilanjutkan hingga lebih dua tahun.

Kereta yang dicuri di Malaysia biasanya akan dihantar ke negara Timur Tengah dan Afrika yang diseludup ke dalam kontena menerusi jalan laut, manakala penyeludupan ke negara Asia dibuat melalui sempadan Thailand.

BACA >>> Penyamun Kereta Mewah Menyamar Tarik Kereta, Cabut Pagar Rumah

SUMBER: TheSun

Akta Pencegahan Jenayah (POCA) Alzafny Ahmad Auto Terkini Kadar kecurian kenderaan Malaysia 2015-2019 kenderaan CKD Polis Diraja Malaysia (PDRM) SAC Alzafny Ahmad sindiket curi kenderaan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.