Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bukan Nak Curi Parkir, Terlupa Kereta Tak Ada Pedal Brek Sebab Pandu Nissan Kicks
Auto Terkini

Bukan Nak Curi Parkir, Terlupa Kereta Tak Ada Pedal Brek Sebab Pandu Nissan Kicks

FarahBy Farah08/11/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASALAH berebut parkir sentiasa berlaku di mana-mana saja, gara-gara pemandu tidak reti hendak sabar.

Kita pun boleh jadi ‘panas’ pasal hal berebut parkir ini, terutama kalau sudah lama menunggu di tepi atau belakang kereta tertentu. Baru saja hendak parkir, kena cantas pula dengan pemandu tak ada sivik! Sakitnya,  hatiii…

BACA>>>> Terpaksa ‘Cucuk’ Sebab Perlahan Sangat, Sekali Kena Tengking Drebar ‘King’
BACA>>>> ‘Bikers Sejati’ – Pengantin Jadikan Motosikal Sebagai Hiasan Atas Pelamin

Baru-baru ini, tular video dari Singapura di media sosial mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Kicks yang mendapat ‘balasan’ gara-gara berebut parkir dengan kereta hibrid, Toyota Prius.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di satu kediaman bertingkat, bulan lalu dan dirakamkan kamera pemuka (dashcam) sebuah kereta lain.

Dalam video itu, Prius tersebut dilihat sedang mengundur hendak masuk petak parkir, tetapi tiba-tiba muncul sebuah SUV meluncur laju ke petak parkir tersebut hingga terlanggar tembok pengadang di depannya. Impak hentaman depan menyebabkan beg udara SUV itu diaktifkan.

Mungkin sesiapa yang melihat situasi itu akan bercakap, ‘hah, padan muka!’, tetapi ingat, apa berlaku mungkin ada cerita lain di sebaliknya. Menurut pemilik dashcam, dia sudah berjumpa pemandu Kicks tersebut.

Menurut pemandu Kicks itu, ketika mendaki naik ke aras tempat letak kereta itu, dia cuma nampak parkir kosong dan langsung tidak perasan Prius yang sedang mengundur. Panik melihat Prius itu mengundur, pemandu Kicks tersebut langsung tertekan pedal hingga membuatkan keretanya meluru ke depan dan melanggar tembok.

Malah, pemandu itu juga menjelaskan,  Kicks dipandunya cuma ada satu pedal saja, iaitu untuk bergerak atau memecut.

Jika anda tidak tahu, Kicks ialah SUV elektrik penuh dengan teknologi e-Power dan e-pedal yang menawarkan fungsi ‘2-dalam-1’, iaitu untuk memecut dan membrek. Lebih jelas lagi, jika pemandu mahu berhenti atau memperlahankan kereta, mereka perlu mengangkat kaki dari pedal dan sistem e-Pedal akan diaktifkan automatik.

Konfius le juga e-Pedal ni ye…

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k
BACA >>> Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019

e-pedal kereta nissan Nissan Kicks tempat parkir
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026

    1 Comment

    1. erol on 09/11/2021 23:03

      Nissan kick ada dua padel la, padel minyak ada, padel brek pon ada. Kereta ni ada fungsi ‘use 1 padel’. Owner tu dah terbisa guna fungsi 1 padal. Buat la kaji selidik dulu, jangan copy & paste cerita orang. Suka2 tulis tajuk tak ada padel brek

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.