Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bukan Kerajaan, Tetapi TnG yang Tetapkan Harga Tag RFID
Auto Terkini

Bukan Kerajaan, Tetapi TnG yang Tetapkan Harga Tag RFID

FarahBy Farah24/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN memaklumkan harga tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) adalah ditetapkan Touch n Go Sdn Bhd (TnG) selaku pengedar sah. Namun, pada masa sama, pihak Kerajaan juga sudah meminta syarikat itu mengkaji semua kos itu bertujuan mengurangkan harga jualan tag berkenaan.

Perkara tersebut dijawab Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam Dewan Negara semalam apabila ditanya mengenai RFID.

Menurutnya lagi, TnG ialah penyedia perkhidmatan bagi sistem kutipan tol di semua lebuh raya Malaysia yang mana urusan pelantikan kontraktor atau pembekal tag RFID diuruskan sepenuhnya pihak itu.

Pelaksanaan sistem kutipan tol dengan menggunakan teknologi RFID pada masa ini adalah pilihan kepada pengguna di samping pihak lebuh raya masih mengekalkan mod pembayaran lain seperti Kad TnG dan SmartTAG.

“Kementerian sentiasa mengkaji dan meneliti pilihan sesuai bagi memastikan kemudahan pengguna dalam melaksanakan transaksi tol di lebuh raya diutamakan. Pengenalan teknologi ini adalah selaras hasrat Kerajaan beralih kepada sistem kutipan tol secara Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

“Kerajaan hingga kini tidak mewajibkan pengguna bertukar kepada teknologi ini dan kadar harga RFID adalah ditetapkan pihak TnG selaku pengedar sah yang menguruskan hal-hal berkaitan penjualan tag ini,” katanya.

Pada masa sama, Kementerian juga melaksanakan pelbagai kajian, sesi libat urus dan dialog bersama pihak berkepentingan (stakeholders) bagi mendapatkan maklum balas serta mencadangkan penyelesaian terbaik mengenai kaedah atau teknologi yang akan diguna pakai dalam melancarkan proses pembayaran tol lebuh raya.

Langkah itu selaras hasrat kerajaan untuk melaksanakan sistem kutipan tol secara MLFF menjelang 2025.

Hasil kajian mendapati Teknologi RFID dengan teknologi gelombang radio sudah digunakan meluas di banyak negara bagi pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti, atau MLFF.

Justeru, teknologi RFID diperkenalkan sebagi alternatif kepada teknologi sistem kad TnG dan SmartTAG sedia ada. Bagaimanapun, Kementerian akan mengkaji keberkesanan teknologi RFID berbanding teknologi sedia ada sebelum membuat keputusan seterusnya.

Terdahulu, Fadhillah memaklumkan Dewan Negara harga jualan semasa tag RFID adalah RM35 yang merangkumi kos pelekat RFID, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian.

BACA>>>  Kerajaan Minta TnG Kaji Semua Harga Tag RFID RM35
BACA>>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya

SUMBER: FB Fadillah Yusof

Auto Terkini Datuk Seri Fadillah Yusof Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) plaza tol RFID TnG tol Touch N Go
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.