• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Minta TnG Kaji Semua Harga Tag RFID RM35

Kerajaan Minta TnG Kaji Semua Harga Tag RFID RM35

March 2, 2022 By Farah Leave a Comment

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN meminta syarikat perkhidmatan pembayaran elektronik, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnG) supaya mengkaji semula harga tag Identifikasi Frekuensi RAdi (RFID) yang kini dijual pada harga RM35.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam sidang Dewan Rakyat hari ini yang berkata;

Merujuk harga jualan semasa bagi tag RFID adalah bernilai RM35, di mana merangkumi kos tag RFID, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian.

"Bagaimanapun, pihak Kerajaan meminta supaya pihak TnG Sdn Bhd mengkaji semula kos berkenaan bagi tujuan mengurangkan harga jualan tag tersebut."

Penjelasan dibuat bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang meminta Kementerian Kerja Raya berkongsikan perkembangan pelaksanaan RFID dan sejauh mana penggunaan sistem itu dapat mengatasi kesesakan di plaza tol.

BACA >>> Najib: Kos Pelekat RFID Murah Saja, Kenapa Jual RM35?
BACA >>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya
BACA >>> Selepas Teguran Terbuka Najib, LLM Mahu Jumpa PLUS, TnG Bincang Harga Pelekat RFID

1000 KENDERAAN GUNA RFID, SMARTTAG SETIAP SEJAM

Pada masa sama, Fadillah turut memaklumkan penggunaan RFID dan SmartTag, sebanyak 1,000 kenderaan direkodkan menggunakan plaza tol pada setiap satu jam berbanding 450 kenderaan pengguna kad sentuh TnG dalam tempoh sama. Malah, data diterima mendapati pengguna RFID meningkat kepada 18 peratus.

Dalam penjelasan tersebut, Fadillah mendakwa pelaksanaan RFID bukan perancangan drastik, tetapi sudah dilaksanakan melalui projek rintis RFID melibatkan plaza tol sistem terbuka di Lembah Klang sejak 2017.

BACA>>> Lelaki Ini Tunjuk Betapa Mudahnya Isi Minyak Di Shell Guna RFID
BACA>>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya

SUMBER: Utusan

Artikel Berkaitan

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, Pengenalan Frekuensi Radio (RFID), RFID, Tag RFID, Tag RFID Mahal, TnG, Touch 'n Go (TNG)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my