Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Budak 11 Tahun Reka Peranti Elak Kanak-Kanak Maut Kepanasan Ditinggalkan dalam Kereta
Autotainment

Budak 11 Tahun Reka Peranti Elak Kanak-Kanak Maut Kepanasan Ditinggalkan dalam Kereta

Han OthmanBy Han Othman02/07/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH yang anda lakukan ketika baru berusia 11 tahun? Mungkin sedang asyik menonton rancangan kartun, ataupun seronok bermain basikal dengan rakan-rakan sebaya. Tetapi tidak bagi kanak-kanak 11 tahun dari Texas, Amerika Syarikat ini kerana dalam usia semuda itu dia sudah mampu mencipta satu peranti yang mampu menghalang insiden kanak-kanak mati kepanasan akibat ditinggalkan ibu bapa dalam kereta.

Menurut CBS News, Bishop Curry setahun lalu ada menyaksikan satu laporan berita mengenai seorang bayi berusia 6 bulan maut akibat kepanasan selepas ibu bapanya tertinggal dalam kereta. Sejak itu, dia terus memulakan projek merekacipta sebuah prototaip untuk menghalang insiden kematian sebegitu daripada berulang.

BACA >>> #Videotomotif: Budak ‘Dipanggang’ Dalam Kereta. Jangan Tidak Peduli, Mesti Peka dan Bertindak!

Rekacipta Curry itu, dipanggil Oasis, terdiri daripada sebuah kipas yang akan diaktifkan secara automatik apabila dalaman kereta mencapai suhu tertentu dan boleh diletakkan di perehat kepala yang menghala ke arah bayi. Menurut bapa Curry, Bishop Curry IV, anaknya itu kemudian menambah sistem navigasi GPS dalam peranti berkenaan.

Peranti ini akan mengesan jika kenderaan berhenti dengan menggunakan teknologi GPS. Ia kemudian mengesan jika ada bayi di kerusi kereta dan jika suhu kereta mula meningkat. Jika semua perkara itu terjadi, barulah peranti akan mula menghembuskan udara sejuk ke arah bayi menerusi sistem penyejukan dalaman.”

– Bishop Curry, 11 Tahun

Tidak hanya berpuas hati dengan rekacipta itu, Curry kemudian menggabungkan pula ciri WiFi pada peranti tersebut yang berfungsi menghubungi ibu bapa bayi berkenaan untuk memaklumkan mereka sudah tertinggal anak sendiri dalam kereta.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas melancarkan kempen GoFundMe sejak Januari lalu bagi mendapat dana membangunkan rekacipta itu, Curry sudah pun siap membina model 3D bagi peranti berkenaan dan turut bersama bapanya membentangkan prototaip itu kepada beberapa pengeluar kerusi kereta yang dilaporkan berminat dengan ideanya.

SUMBER: Car Scoops

Auto Terkini autotainment Bishop Curry inovasi maut tertinggal dalam kereta peranti Oasis rekacipta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.