Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Buat Bisnes Sewa EV Tesla Tak Laku, CEO Hertz Letak Jawatan
Auto Terkini

Buat Bisnes Sewa EV Tesla Tak Laku, CEO Hertz Letak Jawatan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT penyedia khidmat sewaan kenderaan, Hertz mengumumkan pelantikan Gil West sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 April 2024.

West akan menggantikan CEO semasa, Stephen Scherr (foto atas) yang memutuskan mengundur diri daripada syarikat dan barisan lembaga pengarah.

Penukaran kepimpinan itu dibuat ketika Hertz bergelut masalah kos baik pulih kenderaan elektrik (EV) yang tinggi selain permintaan rendah untuk sewaan EV.

Setahun selepas bangkit daripada muflis pada 2020, Hertz mengumumkan rancangan mengubah bisnes sewaan kenderaan dengan membeli 100,000 unit Tesla. Antara kenyataan dikongsi Hertz ketika itu adalah;

Hertz yang serba baharu ini akan mendahului sebagai syarikat mobiliti, bermula flit sewaan EV terbesar di Amerika Utara.”

Scherr hanya menyertai Hertz selepas keputusan itu dibuat, tetapi menambah lagi risiko menerusi tempahan EV baharu daripada Polestar dan GM.

Syarikat itu juga tidak membeli produk EV seperti diumumkan sebelum ini, tetapi kira-kira 60,000 unit daripada tiga pengeluar berkenaan: Tesla, Polestar dan GM.

Harapan Hertz untuk meluaskan segmen sewaan EV nyata gagal kerana situasi bertukar buruk apabila Tesla menawarkan potongan harga drastik untuk Model 3 dan Model Y yang memberi impak terhadap harga jualan EV terpakai.

Hertz mengakui kos baik pulih kenderaan Tesla adalah mahal yang membuatkan jenama itu kurang diminati kumpulan penyewa. Akibatnya, firma itu memutuskan melupuskan kira-kira 20,000 EV miliknya.

SUMBER: Reuters

autoterkini Gil West Hertz Kenderaan Elektrik Roda4 Stephen Scherr
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    Auto Terkini

    BMW M3 40th Anniversary Limited Edition, 40 Unit Termasuk Wagon, Had Laju Naik 280/290 KM/J!

    03/05/2026
    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

    02/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.