Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara
Auto Terkini

BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam03/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BSH memang hadiah utama MMOTY 2026

PENGEDAR rasmi motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai antara peneraju utama industri motosikal tempatan apabila membolot enam anugerah utama pada majlis Anugerah Motosikal Terbaik Malaysia (MMOTY) Allianz – Bikes Republic 2026.

Majlis yang berlangsung di Tropicana Golf and Country Resort itu menyaksikan Honda terus menyerlah dalam segmen skuter, sportbike, teknologi dan touring, sekali gus membuktikan kekuatan portfolio model untuk pasaran Malaysia.

Honda Menang Enam Anugerah Utama

BSH memang hadiah utama MMOTY 2026

Antara anugerah dirangkul BSH ialah:

  • Naked Bike Terbaik (bawah 800cc): Honda CB650R E-Clutch – Menang menerusi gabungan rekaan Neo Sports Café dan teknologi penukaran gear yang lebih lancar.
  • Skuter Terbaik (atas 250cc): Honda ADV350 – Diiktiraf untuk gaya crossover premium dan keupayaan tunggangan bandar hingga advencer.
  • Sportbike Terbaik (bawah 1000cc): Honda CBR650R – Menonjol dengan rekabentuk agresif dan prestasi enjin 4-silinder seimbang.
  • Skuter Advencer Terbaik: Honda X-ADV – Dikenali dengan karakter dwi-guna dan imej ‘sisi liar’ (wild side) unik
  • Teknologi Motosikal Terbaik: Honda E-Clutch – Teknologi revolusioner yang menggabungkan kawalan manual dengan kemudahan automatik.
  • Inovator Malaysia Terbaik: Honda Gold Wing (beg udara) – Diangkat sebagai simbol standard emas untuk teknologi touring dan kejuruteraan premium.

BSH memang hadiah utama MMOTY 2026

Fokus Inovasi, Keselamatan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH, Kunitomo Asano berkata, kemenangan itu mencerminkan komitmen Honda terhadap falsafah ‘Excite the World’.

Beliau berkata, daripada model touring perdana sehingga motosikal kegunaan harian, Honda sentiasa berusaha membawa inovasi bertaraf dunia dan ciri keselamatan terbaik kepada penunggang Malaysia.

Kemenangan dalam kategori teknologi, advencer dan prestasi juga menunjukkan Honda berjaya memenuhi keperluan pelbagai jenis pengguna tempatan.

Sambung Momentum Kemenangan 2025

BSH memang hadiah utama MMOTY 2026

Pencapaian itu turut meneruskan momentum cemerlang BSH selepas kejayaan pada 2025, apabila model seperti Honda Transalp dan ADV350 turut membawa pulang anugerah utama.

Bagi 2026, kemenangan besar itu sekali lagi mengukuhkan identiti jenama Honda yang semakin sinonim dengan gaya hidup premium dan autoriti teknikal dalam dunia dua roda.

BigWing Kini Lebih Dekat di Utara

BSH memang hadiah utama MMOTY 2026

Selari kejayaan produk, BSH turut mengumumkan peluasan strategik rangkaian premium Honda BigWing bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan di Wilayah Utara Semenanjung.

Dengan penambahan dua pusat baharu, jumlah keseluruhan pengedar BigWing di Malaysia kini meningkat daripada tujuh kepada sembilan cawangan.

Dua pengedar baharu diumumkan ialah:

  • Sin Sum Sun Motor Sdn Bhd – Perai, Pulau Pinang
  • Thye Seng Motor Sdn Bhd – Sungai Petani, Kedah

Kedua-dua premis dijangka mula beroperasi pada separuh kedua 2026.

Akses Lebih Mudah untuk Pemilik Motosikal Besar Honda

Logo Boon Siew Honda (BSH)

Langkah itu dilihat perkembangan penting kepada pemilik dan bakal pembeli model Honda kapasiti besar di kawasan Utara, terutama akses kepada jualan, servis dan sokongan teknikal yang lebih dekat.

Secara keseluruhan, kemenangan besar BSH di MMOTY 2026 bersama peluasan rangkaian BigWing memperlihat kesungguhan BSH dalam memperkukuh kedudukan jenama motosikal Honda di pasaran Malaysia.

BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
Adventure Scooter of the Year Allianz – Bikes Republic Motorcycle of the Year (MMOTY) Anugerah motosikal Anugerah Motosikal Terbaik Malaysia Allianz - Bikes Republic 2026 (MMOTY) 2026 Auto Terkini Boon Siew Honda Boon Siew Honda (BSH) Malaysia Motorcycle Of The Year Award Malaysian Innovator of the Year MMOTY 2026 Motorcycle Technology of the Year Naked Bike of the Year roda2 Scooter of the Year Sportbike of the Year
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.