Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jannarelly Design-1 – Roadster Gaya Retro dengan Ciri Bumbung Cengkerang Terbuka
Roda4

Jannarelly Design-1 – Roadster Gaya Retro dengan Ciri Bumbung Cengkerang Terbuka

Han OthmanBy Han Othman08/03/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAYANGKAN anda diberikan peluang merekabentuk sebuah kereta hiper bernilai jutaan ringgit, apakah yang mahu anda lakukan?

Bagi Anthony Jannarelly, pereka utama di sebalik rekabentuk radikal model seperti Fenyr SuperSport, Lykan HyperSport, dan Zarooq Sandracer, inilah kereta sport dengan bumbung cengkerang boleh buka.

Dipanggil Design-1, model roadster gaya retro ini diilhamkan daripada rekabentuk jentera terbaik era 1960-an. Namun, pemilik akan nampak lebih kool jika menempah versi coupe kerana ditawarkan bumbung cengkerang flip-depan.

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

ROADSTER CIRI SELESA

Walaupun lain daripada lain, tetapi timbul pula persoalan mengenai praktikaliti untuk akses masuk-keluar. Apa jadi kalau hari hujan?  Namun, jika mengambil kira kereta konsep sama untuk membuka bonet, semestinya nampak lebih kool berbanding kereta bonet biasa. Design-1 lebih ranggi dan canggih dengan bumbung cengkerang.

Design-1 bukanlah jentera berstatus ‘gergasi’, tetapi boleh dimuatkan dengan apa saja enjin yang anda suka. Bagaimanapun, ruang enjin direka untuk menampung enjin V6 dengan kuasa sekurang-kurangnya 300hp. Struktur binaan ringan membolehkan kereya sport ini memecut 0-100kmj dalam masa kurang 4 saat jika menggunakan jenis enjin seperti disarankan.

Harga Roadster ini bermula pada AS$84,000 (RM372,860), manakala bumbung keras bermula AS$95,000 (RM4216,870). Anda boleh membeli atau mengimport terus dari Amerika Syarikat sebagai kereta komponen.

Jika mengambil kira status kereta yang cuma dihasilkan dalam jumlah kecil dan kereta sport butik, terutama mereka yang tahu menilai, harga yang diberikan nyata berbaloi dan munasabah. Bagaimanakah harga versi bumbung cengkerang? Adakah mencecah angka AS$100,000 (RM443,880)?

SUMBER: RoadandTrack

Anthony Jannarelly bumbung cengkerang bumbung keras Design-1 Kereta Kereta Sport roadster Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam21/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.