Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bos KTM Tech3: “Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu”
Auto Terkini

Bos KTM Tech3: “Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu”

AryonBy Aryon04/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOS Red Bull KTM Tech3, Herve Poncharal berkata, pasukannya akan bekerja keras untuk merapatkan jurang dengan pelumba pasukan pengilang dan kini bersedia membuka lembaran baharu dalam saingan MotoGP.

Pasukan Tech3 menjadi tajuk utama media permotoran dunia selepas menamatkan kerjasama jangka panjang dengan Yamaha apabila bersetuju berkolaborasi sebagai pasukan satelit baharu KTM bermula 2019. Poncharal menganggap debut Tech3 bersama KTM musim ini sebagai tahun pembelajaran.

BACA >>> Red Bull KTM Dedah Seragam Jentera MotoGP 2019 yang Segak Bergaya

“Akhirnya kami ada di Qatar dan musim MotoGP 2019 akan bermula. Permulaan musim baharu selalu jadi sesuatu yang sangat mengujakan, tetapi jelas sekali bagi pasukan Red Bull KTM Tech3 tahun ini ialah lebih mencabar berbanding musim-musim lalu kerana kami membuka bab baharu.

“Kami akan memulakan pengembaraan baharu, kami ada pasukan pengeluar motosikal baharu yang bekerja dengan kami – KTM, penaja baharu – Red Bull dan rakan kongsi minyak baharu – Elf. Jadi, ia nampak seperti bermula dari kosong.

“Sudah tentu kami bekerja keras sepanjang musim rehat di Sepanyol, Malaysia dan Qatar, tetapi kami juga sangat bersemangat dan tidak sabar untuk tengok apa yang berlaku pada perlumbaan pertama nanti. Jelas sekali, kami tidak berada dalam posisi yang boleh mencabar pelumba atasan buat masa ini, tetapi misi musim ini ialah mengurangkan jurang dengan pelumba terpantas,” kata Poncharal, optimis.

RAPATKAN MASA DENGAN PASUKAN PENGILANG

Dengan rookie Miguel Oliveira (88) yang menjadi rakan pelumba baharu kepada Hafizh Syahrin (55), dan Johann Zarco sebagai rekrut baharu pasukan pengilang Red Bull KTM Factory Racing, Poncharal menegaskan dua pelumba pasukannya amat jelas dengan misi yang mahu dicapai, iaitu menghasilkan momentum dengan KTM menerusi aksi pembukaan di Qatar hujung minggu ini.

“Saya percaya dengan Oliveira, kami ada pelumba hebat dengan potensi besar dan keinginan kuat untuk jadi sebahagian projek ini untuk maju ke depan.

“Hafizh juga bersemangat sama, dia masih perlu untuk melupakan apa yang dia sudah buat dengan jentera musim lalu (Yamaha), tetapi saya rasa mereka berdua dapat buat dengan baik dan mereka juga faham betapa penting MotoGP untuk KTM.

“Mereka dapat saksikan tahap komitmen jurutera Austria, juga dapat rasa diri mereka sebagai pelumba pengilang dengan kehadiran jabatan perlumbaan di belakang, dan evolusi berlaku hampir setiap kali ujian dan inilah apa yang menjadikan musim ini sangat menyeronokkan.

BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Hari 2 – Vinales Tunjuk Taring, KTM Masih Bergelut

“Sasaran kami, berada sehampir mungkin dengan pelumba pasukan pengilang, dan sudah tentu semua perlu berlumba dengan tahap prestasi jentera KTM RC16. Seluruh pasukan menunjukkan dedikasi 100 peratus untuk misi ini. Kami tak sabar menanti malam Jumaat ini di Losail!” kata Poncharal yang jelas menampakkan api keazaman membara dalam bola matanya.

SUMBER: VisorDown

Hafizh Syahrin Herve Poncharal Johann Zarco KTM KTM RC16 Miguel Oliveira MotoGP 2019 Red Bull KTM Factory Racing Red Bull KTM Tech3
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.