• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Sahkan Tech 3 Jadi Pasukan Satelit Baharu MotoGP 2019, Nasib Hafizh Bagaimana?

KTM Sahkan Tech 3 Jadi Pasukan Satelit Baharu MotoGP 2019, Nasib Hafizh Bagaimana?

March 6, 2018 By AI 2 Comments

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM mengesahkan spekulasi tentang pasukan MotoGP, Tech 3 sebagai pasukan satelit rasmi kepada pengeluar itu bermula musim 2019, tidak lama selepas Yamaha memutuskan menamatkan kerjasama dengan pasukan lumba yang berpangkalan di Perancis itu.

BACA >>> Yamaha dan Tech 3 Berpisah Selepas Tamat MotoGP 2018, Pasukan Rossi Ambil Alih?

Pengesahan tersebut melengkapkan rantaian pasukan bermula daripada siri Red Bull Rookies ke Moto2 di bawah pasukan pengilang atau factory tetapi tidak termasuk pasukan junior dalam kelas premier, MotoGP, sekali gus menjadi penghubung kepada pelumba seperti Sam Lowes, Miguel Oliveira dan Brad Binder untuk beralih daripada Moto2 ke MotoGP tanpa perlu menunggu peluang pasukan factory.

JENTERA PENGILANG

Bagaimanapun, perjanjian baharu itu bakal menyaksikan pasukan Tech 3 musim 2019 menggunakan jentera factory yang sama digunakan pelumba Red Bull KTM (bekas Tech 3), Bradley Smith dan Pol Espargaró. Situasi tersebut tidak pernah berlaku sepanjang perjanjian bersama Yamaha sebelum ini.

Malah, menjadi bonus kepada pasukan Tech 3 kerana menurut Pengarah Urusan KTM Motorsport, Pit Beirer, kehadiran  pasukan satelit akan membuatkan pasukan factory semakin kuat.

“Kami gembira dapat menyertai Tech3 dalam perlumbaan MotoGP bermula 2019. Pasukan berkenaan memiliki pengalaman bertahun-tahun dan banyak mencapai kejayaan dalam kejuaraan.

"Struktur profesional mereka akan buatkan kami lebih kuat, dan memiliki KTM RC16 adalah langkah besar untuk pembangunan jentera MotoGP kami dan meluaskan struktur padok. Daripada Piala Red Bull Rookies, naik kepada MotoGP adalah laluan jelas menuju ke puncak. Kami tidak sabar mahu mulakan kerjasama hebat ini, dan terima kasih kepada Hervé Poncharal (bos Tech 3) atas kepercayaan ini," kata Beirer.

NASIB HAFIZH SYAHRIN KE MANA?

Nasib Hafizh dalam MotoGP pula bergantung kepada keputusan pasukan Tech 3 itu sendiri. Situasi mungkin sedikit sukar kerana KTM pastinya berhajat mahu menjadikan Tech 3 sebagai platform untuk rookie KTM dari kelas junior dan Moto2 untuk beralih ke MotoGP.

BACA >>> Hafizh Makin Serasi dengan Yamaha M1, Rossi Mahu Berlumba Hingga 2020

Apapun, jika Hafozh berjaya menawan hati pengurusan Tech 3, tidak mustahil dia akan berlumba dengan jentera KTM untuk musim depan.

SUMBER: MCN

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: KTM, KTM RC16, MotoGP, MotoGP 2019, pasukan satelit MotoGP, Pit Beirer, roda2, sukan permotoran, Tech 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my