Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Makin Serasi dengan Yamaha M1, Rossi Mahu Berlumba Hingga 2020
Auto Terkini

Hafizh Makin Serasi dengan Yamaha M1, Rossi Mahu Berlumba Hingga 2020

Han OthmanBy Han Othman16/03/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA negara, Hafizh Syahrin yang baru direkrut sebagai rookie MotoGP 2018 menamatkan ujian pramusim di Litar Antarabangsa Losail, Qatar di tempat ke-22 dengan catatan masa 1:56.731 dan 58 pusingan. Rakan sepasukan , Johann Zarco berada di kedudukan ke-4 dengan masa 1:55.186, 52 pusingan.

Pelumba asal Selangor itu bermula di petak ke-16 dan pada satu masa berada di kedudukan ke-14 daripada 22 pelumba. Ujian hari pertama itu, yang juga ujian rasmi keempat bagi Hafizh jelas menunjukkan dia mula serasi dengan jentera M1 dan krew Tech 3.

BACA >>> Hafizh Sah ke MotoGP Wakili Pasukan Monster Yamaha Tech 3!

Mengungguli sesi ujian pertama ialah Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) 1:55.053, mengatasi Andrea Dovizioso (Ducati Team) dan Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar).

VR46 MAHU BERLUMBA LAGI


Sementara itu, hero tua, Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) dalam satu temu bual menyatakan hasratnya untuk terus berlumba dua tahun lagi, iaitu hingga 2020. Kenyataan itu mungkin menjawab spekulasi beliau akan bersara dan mengetuai pasukan satelit Yamaha berikutan pengumuman bos Tech 3, Herve Poncharal yang tidak lagi akan bersama Yamaha, musim depan.

“Saya tidak sangka Ponchara tinggalkan Yamaha. Kami pernah fikirkan dan ia peluang hebat, tetapi dalam dua tahun akan datang kami tidak akan tubuhkan pasukan MotoGP dengan Yamaha,” kata Rossi.

Pelumba Itali itu mengakui ada banyak projek bakal dilakukan selepas dia berhenti berlumba, tetapi bukan dalam masa sebelum 2020.

BACA >>> Yamaha dan Tech 3 Berpisah Selepas Tamat MotoGP 2018, Pasukan Rossi Ambil Alih?

“Saya mungkin berlumba lagi dua tahun, harapnya kita akan bercakap tentang pasukan itu kemudian apabila saya berhenti. Tetapi bukan 2019 atau 2020,” katanya lagi.

Selepas Marc Marquez menyambung kontrak dua tahun dengan Repsol Honda Team beberapa hari lalu, dan disusuli Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) mengumumkan masa depannya dengan Yamaha Team, apakah Rossi juga akan melakukan perkara sama?

SUMBER: MotoGP

Auto Terkini Hafizh Syahrin Litar Antarabangsa Losail Monster Yamaha Tech 3 MotoGP MotoGP 2018 roda2 sukan permotoran ujian pramusim MotoGP 2018 Valentino Rossi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.