Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Bos Ducati: Pencapaian Apa Kalau Pelumba Sama Saja Naik Podium?
Roda2

Bos Ducati: Pencapaian Apa Kalau Pelumba Sama Saja Naik Podium?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN 2019 ialah tahun luar biasa buat Ducati. Jenama Itali itu merekodkan peningkatan jualan 53,183 unit seluruh dunia berbanding 53,004 (2018).

Malah Ducati disahkan sebagai pendahulu pasaran motosikal Itali dengan mencatatkan pertumbuhan 20 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun, pencapaian itu tidak dapat disamakan dengan kepuasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali  dalam cabaran MotoGP. Menurutnya, pencapaian yang tidak dicapai pengeluar lain dalam MotoGP 2019 ialah meletakkan duo pelumbanya di podium tertinggi.

BACA >>> Abang Johann Pilih Ducati!

Ranking kedua keseluruhan untuk tiga musim berturut-turut di belakang seteru utama, Marc Marquez (Repsol Honda) boleh danggap sebagai keputusan kurang baik. Namun, pengeluar itu sebenarnya berada di landasan betul untuk muncul sebagai juara.

Jadi Ducati sekali lagi akan terus mencuba tahun ini dengan mempertaruhkan pasukan sama dan jentera GP20 baharu yang ditambah baik.

Ducati tiga kali muncul juara dalam pusingan perlumbaan MotoGP 2019. Pelumba utama, Andrea Dovizioso menang dua kali di GP Qatar dan GP Austria, diikuti Danilo Petrucci di GP Itali. Menurut Domenicali, Ducati memang memperuntukkan bajet untuk komponen utama jentera dan turut melakukan pelaburan penting buat pelumbanya sejak tiga tahun kebelakangan ini.

BACA >>> CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

Domenicali berkata;

Menang penting, tetapi saya fikir pengeluar yang selalu dan hanya menang dengan pelumba sama, serta pelumba kedua pula guna motosikal sama masih bergelut menempatkan diri dalam 10 terbaik, itu pengeluar yang tidak dapat banyak manfaat dari segi nilai jenama seperti Ducati.”

“Bagi kami, nilai sangat penting. Semua peminat dua roda anggap Ducati secara teknikal mampu mencipta teknologi yang kemudian boleh dibeli. Kami satu-satunya pengeluar pada musim lalu yang menang dengan kedua-dua pelumba.

“Pengeluar lain yang menang kejuaraan dunia berdepan kesukaran bukan hanya pasukan pengilang, tetapi juga satelit.“

Domenicali berpedapat beliau lebih memilih kedudukan kedua, tetapi menegaskan pelumbanya sememangnya boleh menang dan itu lebih baik daripada memang banyak kali dengan seorang pelumba, manakala rakan pelumba lain langsung gagal bersaing.

Walaupun Domenicali tidak menyebut mana-mana pasukan, jelas sekali pasukan dan pelumba yang dimaksudkan itu ialah Repsol Honda dan Marquez. Hmmm….

BACA >>> CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

SUMBER: GPOne

2020 MotoGP Andrea Doviziosi Auto Terkini Claudio Domenicali Danilo Petrucci Ducati Ducati MotoGP Honda Honda HRC Honda MotoGP (2019) Marc Marquez MotoGP roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.