• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bos Ducati: Pencapaian Apa Kalau Pelumba Sama Saja Naik Podium?

Bos Ducati: Pencapaian Apa Kalau Pelumba Sama Saja Naik Podium?

January 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TAHUN 2019 ialah tahun luar biasa buat Ducati. Jenama Itali itu merekodkan peningkatan jualan 53,183 unit seluruh dunia berbanding 53,004 (2018).

Malah Ducati disahkan sebagai pendahulu pasaran motosikal Itali dengan mencatatkan pertumbuhan 20 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun, pencapaian itu tidak dapat disamakan dengan kepuasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali  dalam cabaran MotoGP. Menurutnya, pencapaian yang tidak dicapai pengeluar lain dalam MotoGP 2019 ialah meletakkan duo pelumbanya di podium tertinggi.

BACA >>> Abang Johann Pilih Ducati!

Ranking kedua keseluruhan untuk tiga musim berturut-turut di belakang seteru utama, Marc Marquez (Repsol Honda) boleh danggap sebagai keputusan kurang baik. Namun, pengeluar itu sebenarnya berada di landasan betul untuk muncul sebagai juara.

Jadi Ducati sekali lagi akan terus mencuba tahun ini dengan mempertaruhkan pasukan sama dan jentera GP20 baharu yang ditambah baik.

Ducati tiga kali muncul juara dalam pusingan perlumbaan MotoGP 2019. Pelumba utama, Andrea Dovizioso menang dua kali di GP Qatar dan GP Austria, diikuti Danilo Petrucci di GP Itali. Menurut Domenicali, Ducati memang memperuntukkan bajet untuk komponen utama jentera dan turut melakukan pelaburan penting buat pelumbanya sejak tiga tahun kebelakangan ini.

BACA >>> CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

Claudio Domenicali_1
Claudio Domenicali_1

Domenicali berkata;

Menang penting, tetapi saya fikir pengeluar yang selalu dan hanya menang dengan pelumba sama, serta pelumba kedua pula guna motosikal sama masih bergelut menempatkan diri dalam 10 terbaik, itu pengeluar yang tidak dapat banyak manfaat dari segi nilai jenama seperti Ducati."

“Bagi kami, nilai sangat penting. Semua peminat dua roda anggap Ducati secara teknikal mampu mencipta teknologi yang kemudian boleh dibeli. Kami satu-satunya pengeluar pada musim lalu yang menang dengan kedua-dua pelumba.

"Pengeluar lain yang menang kejuaraan dunia berdepan kesukaran bukan hanya pasukan pengilang, tetapi juga satelit."

MotoGP Ducati
2019-repsol-honda-motogp-1

Domenicali berpedapat beliau lebih memilih kedudukan kedua, tetapi menegaskan pelumbanya sememangnya boleh menang dan itu lebih baik daripada memang banyak kali dengan seorang pelumba, manakala rakan pelumba lain langsung gagal bersaing.

Walaupun Domenicali tidak menyebut mana-mana pasukan, jelas sekali pasukan dan pelumba yang dimaksudkan itu ialah Repsol Honda dan Marquez. Hmmm....

BACA >>> CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

SUMBER: GPOne

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Andrea Doviziosi, Auto Terkini, Claudio Domenicali, Danilo Petrucci, Ducati, Ducati MotoGP, Honda, Honda HRC, Honda MotoGP (2019), Marc Marquez, MotoGP, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my