Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW F 850 GS 40 Years GS Edition Lancar di Malaysia, Harga RM85.5k
Auto Terkini

BMW F 850 GS 40 Years GS Edition Lancar di Malaysia, Harga RM85.5k

AryonBy Aryon10/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan F 850 GS 40 Years GS Edition dengan ciri moden tanpa mengetepikan legasi sejarah GS diwarisi model touring klasik itu.

Berikut perincian mengenai F 850 GS 40 Years GS Edition:

  • Tampil dengan skema warna Black Storm Metallic dengan aksen kuning dan rim emas berserta lencana ’40 Years GS’ tertera pada sisi tangki minyak yang memberikan daya tarik tersendiri. Rim jejari memberikan gaya GS klasik yang diawarisi daripada model terdahulu.
  • Didatangkan lengkap dengan pakej Comfort, Touring, Dynamic dan Active sebagai standard yang terdiri daripada kelengkapan penuh sebuah jentera touring.

  • Dari depan, varian baharu ini menyerlahkan siluet dinamik yang menggambarkan ketangkasan seperti gad tangan kuning penuh gaya.
  • Lampu utama LED kini dipadankan bersama lampu siang (DRL) sebagai standard, berserta lampu signal belok.
  • Juga ada opsyen lain yang kini menjadi ciri standard, seperti rim anod emas dan tongkat utama. Tiub fork hitam dan kowl radiator galvani memberikan gaya tersendiri untuk edisi aniversari ini.
  • Seksyen belakang dipasangkan rak bagasi dan pelana dalam warna hitam-kuning dengan logo GS.
  • Dijana enjin 4-injap dwi-silinder 853cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 95hp @ 8250rpm dan tork 92Nm @ 6,250rpm, serta transmisi manual 6-kelajuan .
  • Dilengkapi generasi baharu Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan Pelarasan Suspensi Elektronik Dinamik (Dynamic Electronic Suspension Adjustment, ESA) untuk prestasi tunggangan terbaik di selekoh dan atas pelbagai kondisi rupa bumi. Ciri Riding Modes Pro pula menawarkan Kawalan Brek Enjin Dinamik (Dynamic Engine Brake Control, DEBC) dan Shift Assistant Pro.
  • Ada empat mod tunggangan yang boleh diakses pada suis bar hendal kanan.
  • Bagi menambah baik aspek keselamatan ketika membrek dalam posisi miring, ciri ABS Pro berfungsi memberikan tahap prestasi dan keselamatan lebih tinggi untuk kepuasan menunggang maksimum.

  • Kluster instrumen menggunakan skrin TFT 6.5 inci yang terang dan jelas walaupun dalam kondisi kurang pencahayaan, termasuk dibekalkan fungsi konektiviti untuk sambungan kepada telefon pintar.
  • Disediakan fungsi bantuan jelajah menerusi Kawalan Jelajah dan sistem navigasi (GPS).
  • Ciri lain yang ada ialah sistem penghidup tanpa kunci Keyless Ride, dan sistem pemantau tekanan tayar RDC sebagai standard.
  • Dijual pada harga RM 85,500 (atas jalan, dan tanpa insurans) dan dipakejkan bersama waranti 3 tahun dan bantuan jalanan daripada BMW Motorrad Malaysia)

BMW F 850 GS ’40 Years GS Edition’ kini boleh dilihat di semua premis wakil pengedar BMW Motorrad sah seluruh negara bermula 10 Februari ini.

BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan skim Pelan Kewangan khas dengan anggaran ‘balloon financing’ serendah RM1,040 sebulan berdasarkan 80 peratus pinjaman untuk tempoh empat tahun.

Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan dengan rangkaian servis premium seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti daripada BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut mengenai program itu boleh layari di BMW Motorrad Malaysia.

 

BACA >>> Tayar Belakang BMW GS Kena Curi di Tengah Kota London
BACA >>> Zero SR/S – Sport Touring EV dengan Jarak Tunggangan Bandar Sejauh 259km

BMW BMW F 850 GS 40 Years GS Edition BMW Motorrad Malaysia roda2 touring bike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.