Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW Bangunkan iNEXT, SAV Elektrik yang Diuji di Lokasi Suhu Ekstrem
Roda4

BMW Bangunkan iNEXT, SAV Elektrik yang Diuji di Lokasi Suhu Ekstrem

Abang HirataBy Abang Hirata09/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA pengeluar lain sepakat menggunakan istilah SUV untuk Kenderaan Utiliti Sukan (Sport Utility Vehicle), BMW pula memilih nama khas sendiri, iaitu SAV, bermaksud Kenderaan Aktiviti Sukan (Sports Activity Vehicle).

Istilah SAV bukan baru, tetapi sudah digunakan BMW sejak penghujung 1990-an lagi. Antara SAV BMW popular ialah X5. SAV ialah kenderaan serba boleh yang boleh dipandu ke tempat kerja, meredah kawasan off-road, atau kegunaan rekreasi dengan menawarkan kapasiti mengangkut basikal, kayak dan sebagainya.

BACA >>> Pratempah Hatchback EV, BMW i3s Dibuka di Malaysia, Harga RM279k

Bagaimanakah pula X6? Kenderaan itu pula dinamakan Coupe Aktiviti Sukan (Sports Activity Coupé, SAC). Selain menawarkan jenama sendiri untuk kenderaan rekreasi dan lasak, BMW juga memiliki jenama khas untuk kenderaan elektrik, dipanggil BMW i.

Antara model yang sudah menjengah pasaran, termasuk Malaysia ialah i3 dan coupé prestasi i8. Terkini, BMW sedang membangunkan SAV dengan nama pendahuluan iNEXT.

Menggabungkan dua jenama khas, SAV dan i, iNEXT boleh dikatakan projek BMW yang menarik. Pertama, model itu ialah SAV yang menjadi segmen popular masa kini, dan kedua, model itu bakal dikuasakan tenaga elektrik. Model baharu itu dilengkapkan inovasi terkini BMW seperti ‘NUMBER ONE > NEXT’, strategi masa depan D-ACES (Design, Autonomous, Connected, Electrified and Services).

BACA >>> BMW i8 Coupe (2018) Kini Di Malaysia – Harga RM1.3 Juta, Tapi Road Tax RM90 Sahaja!

Menggunakan teknologi BMW eDrive generasi kelima, iNEXT menjadi penanda aras baharu dalam ciri sporty, kecekapan dan jarak untuk kenderaan dengan trenkuasa janaan bateri. Model elektrik itu dibangunkan dengan menempuh banyak ujian di pelbagai lokasi dan cabaran seperti berikut:

  • Ujian suhu sejuk di Bulatan Polar (Polar Circle).
  • Ujian suhu panas ekstrem dan radiasi solar di Kalahari, Afrika Selatan.
  • Ujian penghasilan debu dan bentuk rupa bumi off-road dengan batu kelikir dan tanah untuk komponen pemanduan dan suspensi.
  • Ujian badan kereta, ruang dalaman, sistem bantuan pemanduan dan teknologi digital.
  • Ujian di lokasi panas dan ekstrem yang mana kuasa bateri telefon pintar boleh ‘kering’ bagi membuktikan ketahanan dan fungsi konsep penyejukan bersepadu untuk bateri voltan tinggi, motor elektrik dan elektronik.
  • Ujian di bawah suhu matahari berjam-jam lama, dan kemudian disejukkan. Ujian bukan saja untuk operasi sistem elektrikal, tetapi juga kestabilan suhu material bahagian dalaman.
  • Ujian dibuat di lapangan ujian BMW Group di Miramas, Perancis, termasuk di beberapa litar lumba seperti Nürburgring Nordschleife dan Pusat Musim Sejuk di Arjeplog, Sweden.

iNEXT akan mula dikeluarkan di kilang BMW Dingolfing, Bavaria, Jerman pada 2021.

BACA >>> 5 Fakta Tentang BMW F 850 GS yang Perlu Anda Tahu

GALERI
BMW BMW eDrive BMW iNExt kenderaan aktiviti sukan (SAV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SAV Sports Activity Vehicle SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.