• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW Bangunkan iNEXT, SAV Elektrik yang Diuji di Lokasi Suhu Ekstrem

BMW Bangunkan iNEXT, SAV Elektrik yang Diuji di Lokasi Suhu Ekstrem

March 9, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA pengeluar lain sepakat menggunakan istilah SUV untuk Kenderaan Utiliti Sukan (Sport Utility Vehicle), BMW pula memilih nama khas sendiri, iaitu SAV, bermaksud Kenderaan Aktiviti Sukan (Sports Activity Vehicle).

Istilah SAV bukan baru, tetapi sudah digunakan BMW sejak penghujung 1990-an lagi. Antara SAV BMW popular ialah X5. SAV ialah kenderaan serba boleh yang boleh dipandu ke tempat kerja, meredah kawasan off-road, atau kegunaan rekreasi dengan menawarkan kapasiti mengangkut basikal, kayak dan sebagainya.

BACA >>> Pratempah Hatchback EV, BMW i3s Dibuka di Malaysia, Harga RM279k

Bagaimanakah pula X6? Kenderaan itu pula dinamakan Coupe Aktiviti Sukan (Sports Activity Coupé, SAC). Selain menawarkan jenama sendiri untuk kenderaan rekreasi dan lasak, BMW juga memiliki jenama khas untuk kenderaan elektrik, dipanggil BMW i.

Antara model yang sudah menjengah pasaran, termasuk Malaysia ialah i3 dan coupé prestasi i8. Terkini, BMW sedang membangunkan SAV dengan nama pendahuluan iNEXT.

Menggabungkan dua jenama khas, SAV dan i, iNEXT boleh dikatakan projek BMW yang menarik. Pertama, model itu ialah SAV yang menjadi segmen popular masa kini, dan kedua, model itu bakal dikuasakan tenaga elektrik. Model baharu itu dilengkapkan inovasi terkini BMW seperti 'NUMBER ONE > NEXT', strategi masa depan D-ACES (Design, Autonomous, Connected, Electrified and Services).

BACA >>> BMW i8 Coupe (2018) Kini Di Malaysia - Harga RM1.3 Juta, Tapi Road Tax RM90 Sahaja!

Menggunakan teknologi BMW eDrive generasi kelima, iNEXT menjadi penanda aras baharu dalam ciri sporty, kecekapan dan jarak untuk kenderaan dengan trenkuasa janaan bateri. Model elektrik itu dibangunkan dengan menempuh banyak ujian di pelbagai lokasi dan cabaran seperti berikut:

  • Ujian suhu sejuk di Bulatan Polar (Polar Circle).
  • Ujian suhu panas ekstrem dan radiasi solar di Kalahari, Afrika Selatan.
  • Ujian penghasilan debu dan bentuk rupa bumi off-road dengan batu kelikir dan tanah untuk komponen pemanduan dan suspensi.
  • Ujian badan kereta, ruang dalaman, sistem bantuan pemanduan dan teknologi digital.
  • Ujian di lokasi panas dan ekstrem yang mana kuasa bateri telefon pintar boleh 'kering' bagi membuktikan ketahanan dan fungsi konsep penyejukan bersepadu untuk bateri voltan tinggi, motor elektrik dan elektronik.
  • Ujian di bawah suhu matahari berjam-jam lama, dan kemudian disejukkan. Ujian bukan saja untuk operasi sistem elektrikal, tetapi juga kestabilan suhu material bahagian dalaman.
  • Ujian dibuat di lapangan ujian BMW Group di Miramas, Perancis, termasuk di beberapa litar lumba seperti Nürburgring Nordschleife dan Pusat Musim Sejuk di Arjeplog, Sweden.

iNEXT akan mula dikeluarkan di kilang BMW Dingolfing, Bavaria, Jerman pada 2021.

BACA >>> 5 Fakta Tentang BMW F 850 GS yang Perlu Anda Tahu

GALERI
BMW iNEXT.01
BMW iNEXT.03
BMW iNEXT.04
BMW iNEXT.05
BMW iNEXT.06
BMW iNEXT.07
BMW iNEXT.08
BMW iNEXT.02
186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW eDrive, BMW iNExt, kenderaan aktiviti sukan (SAV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SAV, Sports Activity Vehicle, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my