• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Pratempah Hatchback EV, BMW i3s Dibuka di Malaysia, Harga RM279k

Pratempah Hatchback EV, BMW i3s Dibuka di Malaysia, Harga RM279k

April 12, 2019 By AI Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Group Malaysia (BGM) memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (BEV), BMW i3s sempena Malaysia Autoshow 2019, seiring misi melestarikan masa depan ke tahap baharu, termasuk membuka pratempahan model itu pada harga RM279,000.

Dengan penambahbaikan teknologi eDrive, BMW i3s menjana output maksimum 184hp dan tork 270Nm, menjadikan ia model luar biasa dalam kelas. Jentera bebas emisi ini dikuasakan motor elektrik sinkroni dengan transmisi automatik 1-kelajuan.

BACA >>> Kereta Elektrik (EV) Mesti Ada Bunyi Jika Pandu Perlahan Bawah 30kmj - NHTSA

BMW i3s_7
BMW i3s_19
BMW i3s_4

BMW i3s mampu memecut 0-100kmj dalam tempoh 6.9 saat, manakala bateri litium ion bervoltan tinggi mampu memberikan jarak perbatuan sejauh 260km. Model ini dibina berasaskan platform ChargEV menerusi usaha sama BGM dengan GreenTech Malaysia.

Selain itu, manfaat BMW ChargeNow ditawarkan program BMW 360° Electric memberikan akses kepada kemudahan pengecasan rakan kongsi ChargeEV lain. Ia turut membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24 jam seminggu untuk semua lokasi cas dalam rangkaian ChargEV yang semakin meluas seluruh negara.

SIMBOL MOBILITI URBAN

Penampilan luaran menampilkan rekabentuk bampar depan garang berbentuk U, diwarnakan hitam dengan gril kidney yang juga dihitamkan untuk personaliti tersendiri. Kemasan jalur berwarna BMW i Blue pada fasia depan memberikan gaya kenderaan urban.

Lampu LED penuh sebagai standard dipadankan dengan lampu signal horizontal yang digabungkan dengan apron depan. Aksen hitam berkilat pada pilar-A dan garis bumbung memberi imej elegan, manakala bahagian belakang dipadankan spoiler lebar hitam.

BACA >>> BMWThe 8 - Coupe Sport Mewah dengan Prestasi Super Kini di Malaysia, RM1.1 Juta

PEMANDUAN DINAMIK, TANGKAS

BMW i3s dilengkapi sistem suspensi sport yang direndahkan 10mm, dan tayar dilebarkan kepada 40mm untuk lebih cengkaman.  Secara eksklusif, model ini dipadankan rim aloi BMW i  multispok bersaiz 20 inci. Dengan pecutan maksimum 160kmj, EV ini di dipadankan suspensi sport spring kustom, damper dan bar anti-oleng.

Pemandu boleh memilih mod Sport menggunakan butang Kawalan Pengalaman Pemanduan (DEC) BMW untuk mengaktifkan respon pecutan dan pengendalian stereng lebih mantap. Ciri pemanduan dikemas kini, manakala kawalan motor dan taper roler bering dirombak untuk mengoptimumkan hantaran kuasa dan prestasi pada rev tinggi.

BACA >>> BMW 3 Series Generasi ke-7 Kini di Malaysia, Harga RM328,800

BAHAN KITAR SEMULA PADA KABIN

BMW i3s_3
BMW i3s_15
BMW i3s_17

Berasaskan seni bina kenderaan LifeDrive, kabin BMW i3s diserlahkan menerusi penggunaan bahan kitar semula termasuk material boleh guna semula, terdiri daripada lebih 80 peratus permukaan yang dapat dilihat pada model ini.  Antara bahan itu ialah plastik kitar semula, gentian natural, dan kayu eucalyptus (kayu putih) berliang terbuka yang tidak dilunturkan.

Bahagian penumpang dibuat daripada polimer bertetulang gentian karbon (CFRP) yang memberikan ekstra keluasan dan turut menyumbang kepada berat jentera lebih ringan. Model ini dilengkapi BMW i Interior Design Suite yang menampilkan ciri mewah seperti panel instrumen dan upholsteri kulit, Dark Truffle Leather Vernasca.

BACA >>> Kereta Elektrik Lebih Murah daripada Petrol Menjelang 2025?

BMW i3s  juga hadir dengan material bumbung Carum Spice Grey (kelabu) dan stereng kulit premium. Tidak ketinggalan, model EV ini didatangkan sistem operasi iDrive versi kemas kini yang membolehkan pemandu mengawal pelbagai aspek seperti fungsi kenderaan, maklumat hiburan, komunikasi dan navigasi serta unit infotainment BMW Navigation System Professional dengan paparan kawalan 10.25 inci berserta paparan instrumen TFT 5.7 inci.

SISTEM KESELAMATAN

BMW i3s_27
BMW i3s_12
BMW i3s_16

Bagi ketenangan minda pemilik, BMW i3s didatangkan dengan segudang ciri keselamatan aktif dan pasif seperti:

  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Kawalan Traksi Dinamik (DTC)
  • Kawalan Brek Belok (CBC)
  • Kawalan Brek Dinamik (DBC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Jarak Parkir (PDC)
  • Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dengan ciri henti-mula
  • Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki
  • Pengaktifan Brek Bandar (CBA)
  • Bantuan Kesesakan Trafik (TJA)

DIBUKA TEMPAHAN

Pratempahan BMW i3s kini dibuka di semua wakil pengedar sah BMW i dalam pilihan warna Fluid Black (hitam) dan Capparis White (putih) pada harga RM279,000.

GALERI
56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW Group Malaysia (BGM), BMW i3, BMW i3s, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Malaysia Autoshow 2019, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my